Friday, December 24, 2010

Ke Majlis Walimatul-urus

Setiap orang mesti pernah gi majlis walimatul-urus@majlis kawen kn?kn?
Aku pun pernah (dah byk kali kot~). Tapi ade satu kenangan yg aku tk bole lupe bila aku pergi majlis2 macam ni..
Satu hari tu aku gi majlis kawen sepupu kepada kawan aku.
Cantik pengantin yg bersanding tu...(^^)


Bila dah pergi majlis mcam ni, so mcam biasa lah......MELANTAK~! makan free la katakan..hehehe
hehehe..sedap wo0o..macam-macam lauk ade tau~! So makan lah sepuas-puasnye..
Bila dah kenyang, dah borak-borak dan bergosip, tiba lah masanye untuk aku dan kawan-kawan bergerak pulang..(tkkn nk duduk terus kt situ kot~)

Sebelum balik,mestilah bersalaman dengan tuan rumah (mak@bapak pengantin). Kebetulan masa tu bapak pengatin ade kt dalam umah, so aku dgn rasa 'gentleman' ni terus je bukak kasut dan masuk ke anjung rumah tu..(masa tu aku paling depan sekali..bangga2)

Then,baru je selangkah aku berjalan, aku terus patah balik dan cepat-cepat cari kasut aku~!
Kawan aku pun tanye kt aku.......
Aku terdiam sekejap.hehehe..Pastu pelan-pelan aku berbisik kt telinga member aku.........


Hahahahahahahaha~!! cepat-cepat aku sarung kasut...=p
Pastu membe2 aku ramai-ramai gelakkan aku..sampai dah balik kampung pun aku jaadi bahan gelak dorang..hampehhhh..siott betul.... (=.=)"


p/s: aku tak perasan macamne aku bole terpakai stokin yg berlubang cmtuh~! hahaha...sejak hari tu,aku sangat menitikberatkan soal pemakaian stokin yang sempurna..=p




Thursday, December 23, 2010

candid itu cun laa..!

hohoho..jeng3...aku join contest lagi~!
Dah 2 orang yg tag aku supaye join contest ni iaitu Cik Piqa dan adik mira, so i  have decided to join this contest.. (^^)




Contest ni dianjurkan oleh Cik Dila (klik kt nama tu ok) , dimana contest ini memerlukan peserta mempertaruhkan gambar candid yg menarik..senang kn?hehehhe


So,ni lah candid picture aku utk contest ni..............tadaaa~!!
(klik gambar di atas utk paparan lebih jelas)

hahaha...ni gamba mase kitaorang konvokesyen diploma dulu,apekejadah la bdk2 ni buat muka ek..
Yg depan sekali ni aku tk taw la npe termenung jauh..tk taw muke bengis ke muke sedey tu..hehe..muke sedey kot, maybe sebab orang lain pegang bunge tp dye sorang je pegang beg..hehehe.
Yg no.2 tu plk memang sengal, mate kuyu~! hahaha
Yg no.3 plk tu non-muslim,tp segak bersongkok..=)
Yg last tu.....emm tkyh describe lah~! haha


ok sekarang aku nk tag 3 orang kawan utk join contest nih :


dan juga kawan2 yg lain..jum ramai2 kita join contest ni~!!! =)




Award ke-2

Award ni dihadiahkn oleh Pezol sbb aku ni merupakan follower bertuah bagi blog beliau. Tetibe aku rasa macam teruja pulak bila dapat award nih..hehehe.



[1] Ucapan anda;
hahaha..aku tergelak sekejap bila diberitahu yang aku dapat award nih dari beliau..=p
maklumlah,si Pezol ade lebih 500 follower (apela sgt kalau nk dibandingkan dgn aku), tp aku jgk yg terpilih..thanx~! (^^)



[2] Berikan 4 ciri lelaki / wanita idaman anda untuk dijadikan suami / isteri; 
                          1) baik hati
                          2) memahami
                          3) boleh diajak bergurau (sbb aku suke gelak..hehe)
                          4) boleh memasak (tak pandai sgt pn tkpe,aku tadela demand sgt..hehe)



[3] Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan anda;
mengekalkn hubungan??aku ni awek pn tade,nk kekalkan hubungan ape plak..aku lone ranger~! hehe


[4] Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta;
Pernah



[5] Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka bahawa mereka telah memenangi award ni;
okeyhh, Blogger2 bertuah ialah :


Bagi yg tersenarai,anda sume mmg bertuah~! anda superb~! terimalah award ni..ikhlas ni =)



Tuesday, December 21, 2010

Candle Light Dinner~

Candle light dinner???wahhh...bunyinye sungguh menarik..romantik..hehehehe...
Korang pernah buat 'candle light dinner' with someone tak?..(aku tk pernah..hahaha)


Bila buat 'Candle light Dinner', ofcos la 'candle' tu memainkan peranan yg sangat penting....candle@lilin tu mesti mau cntik dan menarik.
So,kali ni aku akan tunjuk satu contoh macamane nak buat lilin biase menjadi kelihatan sedikit luar biase..(sekurang2nye boleh buat pasangan anda berkata..."wahhhh~"..hehehe)

Ianya sangat 'efficient' dan 'low budget', sesuai utk orang2 yg teringin sgt nk buat 'candle light dinner' kt rumah..heheheh..

Macamane 'candle' yg aku maksudkan tu???ok jom kita tgk video kt bawah ni.. =)



p/s: amacam??kreatif tk??hehe...so,sape sudi join 'candle light dinner' bersame saye~?! =p


Sunday, December 19, 2010

Sejarah: Lembing Awang pulang ke Dayang

Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunang Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 234 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.



Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu Lembing Laki dan Lembing Bini yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.



Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.


Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya.
Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.
Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.
“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri  ke Endau dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu (lembing Bini yang membunuh) disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.
INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.

Sumber: Akhbar Berita Minggu 25 Mei 2008 ruangan Imbauan


p/s: aku nak jati Muar~! anak jati muar mesti tahu sejarah ni..gempak jugak ek lembing bole terbang sendiri..awesome~! =)

Friday, December 17, 2010

Hot Wheels~

wottt....wottt...
Saye suke kumpul mainan 'Hot Wheels'..hahahaha..
Siyes,sgt suke~! (dah byk kot aku kumpul..hehe)


Tempohari,aku beli lagi beberape bijik kete..
(rilek2 je beli kete byk2,tk taw la cmne nk drive kete byk2 nih..haha)

Then, alang2 dah g beli mainan 'Hot Wheels' ni,aku ngn adik aku beli la sekali circuit utk mainan ni..bru best ade litar~!! yay!
Sampai kt uma je terus main,sonok giler jd kanak2 riang sekejap..hehe

**Mak aku pn tepuk dahi tgk anak2 bujang dye yg dah beso2 ni main toys mengalahkan bdk kecik..hehehe

Tak kisahla tu,yg penting aku enjoy dgn hobi n minat aku....wekkkk~!!

haaa cmnilah circuit yg aku beli tuh..best wo0,kete boleh pusing2..hihi =p

Saturday, December 11, 2010

Tarikh lahir Dalam Bulan Islam~

Tahun baru datang lagiiiiii..yay~! sempena awal muharram ni,tanamkan azam yg positif okeyh~! xD
Selama korang idup ni,mesti korang tahu tarikh lahir korang menerusi kalendar masihi kn?kn?pastu celebrate kn..hehehe

Tapi,pernah tk korang terfikir bila ulangtahun kelahiran korang dalam kalendar Hijrah?? tahu tak?heeee~


Mesti ada yang tk tahu kn?hehehe..
Tapi aku tahu tarikh lahir aku~!! ahakss..tiap2 tahun aku igt,sebab dari kecik lagi mak aku dah bgtau bila tarikh lahir aku dalam kalendar Hijrah..iaituuuuu....


Bermakna, semalam adalah ulangtahun kelahiran aku..hehehe...*mak saye wish besday saye tauuu..hihi

fakta:
Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.


p/s: bila pulak ulangtahun kelahiran korang??(^^)

Tuesday, December 7, 2010

2nd Reunion: Mini gathering

wott..wottt...korang penah join reunion tk?..haa pernah?pernah? ahaks..
seronok ble join reunion ni..kita jumpe semula kwn2 yg dah lame terpisah or berkumpul semula dgn geng2 yg pernah bersama kita suatu masa dulu..menggamit 1001 memori..lompat2..golek2..hehe=)

yup2..tempohari aku dah cite psl reunion yg kitaorang buat untul ex-student Pengajian Kerujuteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Muar 04/05..now,aku akan cite psl our 2nd reunion..actually it's just a mini gathering..hehe..sebab tk ramai pn yg join..biasela masing2 buzy..

Kali ni kteorg wt mini gathering pada 6 Disember 2010 bertempat di Tanjung Emas,Muar..
Motif: lepak2,minum2, merepek2 dan jadi kanak-kanak riang sekejap..haha

Seperti yg dijanjikan,kteorang sepatutnye berkumpul pukul 2 petang..
Tetibe Cik Syafiqah mrnghantar sms..."tutt..tutt..area mana mau berkumpul ni?u jgn lambat mcm aritu plk..haha"
Aku tgk jam,suda pukul 1 petang..Time ni dah pukul 1 petang dan aku masih lg di Batu Pahat.."errr sempat ke nk smpai pukul 2 ni??haha"
Cepat2 aku bersiap dan terus gerak menaiki decepticon yg berwarna biru nih..go go go..=p

Lebih kurang pukul 1.20 petang,aku berada di area bandar Batu Pahat...
OMG..OMG~! traffic jam~! erghhhhh....aku tersangkut...mybe pukul 3 la kot bru start gathering....

Perjalanan diteruskan..pukul 2.45 petang aku sampai di tempat yg dijanjikan..
Namun begitu............



ceitttt..sorg pun tarak~! akulah org 1st yg smpai..hahaha...
Tapi tk lame lepas tu sorang demi sorang kawan2 sampai.. (fatin,jue,yatty,arbok,pika,wak kang&gf)

Event berlangsung secara ringkas..alaa beselah, lepak2 je kn..pastu gi layan ABC muar/Cikung/rojak/Mee Bandung..,,burppp alhmdulilah..hehe
Pastu gi la ke Tanjung Ketapang bermesra ngn monyet2kt sane..hahaha

*owhh sedikit info: kalau dtg ke muar,singgah la ke tanjung ketapang. Kat situ adalah suatu tempat rekreasi yg bagus..pastu ade byk monyet2 di situ yg bole jogging same2 ngn korang..hehe..

berkumpul di Tanjung Emas
aku sendiri tatau ape motifnye gambo ni..hahaha

gadis2 yg rata-rata tk ckup tinggi..hehehe..larikkkk~

penghuni Tanjung Ketapang..=p

kanak-kanak riang!

2nd Reunion..I luv u all..=)

ngeeeeee~ ;)
haaaaaaaa...mini gathering berakhir lebih kurang pukul 6 petang..rase mcm sekejap jer..(mmg sekejap pn..hehe)..
Tapi yg paling penting kita enjoy~! yeahhhhhh...kepada kawan2,kita jmpa lagi di reunion yg akan datang...semoga korang tamatkan pengajian masing2 dgn jayanye..dan bagi yg dah berkerjaya,teruskn kumpul duit..bole kawen cpt2..hehehe..korang mmg SUPERB!

p/s: reunion ni best kn?kn?hehe =)




Friday, November 26, 2010

Shades Contest~

Jeng..Jeng..Jeng...yeahhh! tadi aku tengah sedap-sedap buat blogwalking,tetibe aku terjumpa plak satu contest nih iaitu "Shades Contest" yang dianjurkan oleh Cik Sab.."emmm macam best jek bunyinye"(hehehe)..Dan keputusan drastik pn telah dibuat iaitu aku nak join contest nih....manelah tau ade luck..hehehe


*sila rujuk banner kt sidebar sebelah kanan blog ni ye..klik je kt banner tu...

Dalam contest ni aku kene paparkan gambar aku dengan memakai shades.."ade banyak kut gambar pakai shades,mane satu mau pilih haa??"..Pening gak aku pkir,kalau letak gambar pose biase2 yg kununnye comel/macho/gedik mesti ramai peserta lain dah buat dah..So,aku decide untuk pilih gambar yg unik~! yaehh unik dan rare~! (hahah)..

1st, inilah gambarnye!

haaa tu diaa gamba aku bersama kacamata hitam..hoh?gamba biase?tk comel?...ishh,nk tau npe gamba ni unik??
1) sebab kacamata yg aku pakai tu original Rayban Outdoorsman. Ia turun temurun dari ayah aku sejak dye pakai dari dulu lg..kirenye RayBan tuh dah berusia hampir 20 tahun la kirenye..
2) Nampak moto itam tu?ia adalah moto kesayangan aku.Honda Raider bersama original spotrim! mto aku ni keluaran tahun 1985..sangat rare..retro.huhu
3) Moto biru kt sebelah tu pn mto aku gak, TZR125 tahun 1989..juga sebuah motosikal retro..
4) Kasut Aliph yg aku pakai pn sgt2 rare..Kasut buatan Malaysia yg digilai mamat2 rockers zaman 80an..tak penah dengar psl Aliph?? Klik sini
5) Lokasi berlatarbelakangkan laut..Ni kt Pantai Minyak Beku di batu pahat..=p

2nd, gambar unik aku bersama shades yg kedua adalah........tadaaaaa~!!

hahahaha..inilah muke aku mase kecik2..aku suke sangat gamba nih....kenape??
1) nampak tak kalendar kt dinding tu?? tahun 1989..bermakna mase ni usia aku 1 tahun! hehe
2) aku ade gambo kecik2 yg stylo..bru umur 1 tahun tp posing ala2 model shades..beso btl shades tuh..huhu
3) posing pakai songkok tuu..(tp kenape pakai singlet n suar pendek je??hoho)
4) kt sebelah kanan tuh buaian aku..hehe
5) inilah rupa rumah aku dulu-dulu..sekarang rumah ni dah lain...

Yaa,tu jelah 2 gamba yg aku pertaruhkan untuk contest nih..hehehe..
saje je suke2...kalau menang,alhmdulilah..
So, kt sini aku tag 4 orang blogger :

2)  Kina



Jom study : PART 2

sambungan PART 1......

Johor cuti umum 22 November,library UTHM aras 2, 3,dan 4 tk bukak..Aras bilik 24jam plak penuh orang, so tak dapat la nk study kt Library UTHM yg dikatakan sebagai library terbesar di Asia Tenggara (yeke??hahaha)..

Then,misi untuk study diteruskn..terpaksa mencari idea..takkn nak balik umah kot, cam tk best jek nk study kt umah..

Keputusan dicapai..study kt McD~!! (sbb ade wifi..haha)

So,mula lah study kt McD...



owh,rasanye time ni ada sorang lagi, si Wansyah yg dtg lmbt~!

Pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa ditempuh selama kiteorang study hari tuh..tapi kiteorang tetap tekunnn..(kononnye la..hahahaha).......dan akhirnye...


Yay! dah cover sume chapter~! bole balik..(time ni 4 kentang mcShaker, 2 burger mcChicken dan 7kali refill air telah pn abes..hehehe)
10jam wo0 kiteorang lepak kat McD..masa tu lebih kurang pukul 3 pagi..bila dah settle sumenye,bole lahh cepat2 balik umah cari tilam dan bantal kn..hehe

Namum begitu..............on the way balik....

org di dlm gambar itu adalah incik asyraf

hahaha..malang tk berbau..tayar pancit pukul 3.30 pagi~!! perghh azab..

moral: laen kali nk g study tkyh ngengade nk g tmpt yg jaoh2..padan muke kiteorang~! padan muke aku~! haha=p

Tuesday, November 23, 2010

Jom study : PART 1

huaaargghh...!!!

oppsss~ ni bkn bunyi aku mau bertukar jd incredible hulk ye,tp adalah rintihan hatiku di kala exam semakin dekat..hahaha...lagi 4 hari je exam aku akan bermula..
So,terpaksa jugak la aku gagahkan diri ni untuk study..Punyelahh semangat aku nak study, bangun tido je terus pkir nk gi study kt library...

So, aku dan Asyraf bertindak sebagai pelajar2 yg kononnye rajin ni dengan pantas pergi ke library city campus untuk study..bila sampai jer...."ehhh,tutup???"apekah??(=_=)"
tk bole jadi nih,mesti mau study maaa..so,dengan terkedek-kedek kteorang menghala ke library utama di main campus pulak..  "umangaihhhh..ramainye orang...". penuh orang kt bilik 24 jam aras 2...terpaksa la tukar plan untuk gi ke aras 4....tetibe pintu utama berkunci....apekahh???



lorrrr rupanye hari ni cuti umum di johor...mana ada staff yg kije time cuti umum...hehe..adehhhh mcmne la aku bole terlupa plakk....excited bebeno nk study kt library sampai terlupe hari ni CUTI UMUM di negeri Johor...hahahaha...balik..balik..=D

p/s: bilik 24 jam di library UTHM sentiase 'open' ya..tapi ramai orang (=.=)"

Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha uiii~

haluuu haluu haluuu...firstly aku mntk maap sebab dah lame tak update blog nih..nk melawat blog kawan-kawan pun tak sempat..kilija manyak leeyyy~..hehehe
Pejam celik pejam celik dahh 2 hari Hari Raya AidilAdha berlaluu...adehhh cepat betull..aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA" kepada sanak saudara, member2 dan bloger2 sume....you all rockkkk~!!yeahh~

So,aku mntk maap la kalau2 aku ade buat salah kat korang..sorry ye..sori..sorii.soriii..huhuhu..=p
Dalam masa 2 hari nih aku asyik makan daging je..lepas lembu, makan kambing..lepas kambing, makan lembu pulak..hehehe..sedapppp..jom makan daging kambing bakar~!!  ;)

Thursday, November 11, 2010

Jom layan snek MAMEE

uit2...korag sume kt mane skg?kn universiti?kt rumah sewa?kt kampung?..aku masih lagi di rumah sewa nih,buat asignment tk siap-siap(cmne nk siap,asek malas jek..hehehe)..patutnya mengikut plan,hari ni aku dah start kereta pulang ke kampung,tapi npe tah aku masih ada di sini..erghhhh...~!!

Sudah beberapa hari aku tidak keluar pergi ke kedai,so hari ni aku pergi ke kedai untuk membeli apa-apa yang patut...pusing sana pusinng sini,"ape bende aku nak beli nih??"

Tetibe aku terpandang sesuatu, MAMEE MONSTER SNACK~!! whoaa,lame aku tk mkn menatang nih..dengan sepantas kilat aku menyambar entiti tersebut dan terus berlalu......

"dey tambi,mana mau pergi??kasi mari bayar dulu laaa.".....owhh saye bayar dulu,lps tu baru lah berlalu pergi..hihihi (=_=)"




p/s: sangat best bila layan snek MAMEE sambil online..apa yg korang kunyah sambil mengadap komputer..??






Tuesday, November 9, 2010

Superhero di zaman kanak-kanak

Heyy2..nice to meet u again..Masa kecik2 dulu korang suka tengok cite katun berkonsepkan superhero tk?comfim ade kn?kn?ade power rangers,superman,batman,ultraman,kamen rider dan banyak lagi lahh..(kalau aku tulis semua,memang panjang la entri ni nnti..hehe)..

Cuma kali ni aku nak kongsi betapa 'obses'nya aku dengan katun2 camni masa zaman kanak-kanak dulu..Kalau tengok kat tv tu memang tak bole missed,setiap episod mau tgk..pehhh layan cite kamen rider best wo0o..gagaga;D
Pastu bila dah asyik tengok cite2 camni mula lah terpengaruh..siap imagine diri sendiri jadi kamen raider,bole lawan ngan rasaksa..siap buat gaya 'henshin' lagi tau..(stylo la kononnye) hahaha...




yaa,camni lah  kanak-kanak ribena yang sangat 'excited' dengan kamen rider..agaknye kalau kat pasar malam tu ade jual complete 'sut' kamen rider, mmg dah borong abis agknye..tiap-tiap hari pakai sut kamen rider..hahaha..Tapi disebabkan dulu tk dapat sut cmni (kalau mintk kt ayah,mesti ayah marah punye..membazir~! pakai seminggu dah jahanam),so kanak-kanak yang kreatif akan menggunakan daya imaginasi mereka untuk 'bertukar' menjadi superhero..kadang2 kotak pn boleh jadi topeng superhero,beg plastik bole jadi topeng rasaksa...hehehe..

Then,bile dah pakai 'sut'superhero mestilah nak lawan dengan rasaksa kn...so bagi abang2 macam aku nih akan menjadikan adik-adik sebagai mangsa.."adik jadi rasaksa tau,abang jadi kamen rider lawan ngn adik"..
dushhh~!..dushh~!..perlawanan pun bermula. Bila adik dah menangis,superhero pun akan lari menyorok~!
"Larii..lariii...selamatkan diri..hahaha".



p/s: Bila aku suda besar,barulah aku sedar bahawa 'superhero' dalam hidup aku yg sebenarnye ialah AYAH aku...beliau bersusah payah membanting tulang untuk cari rezki bagi membesarkan kami adik-beradik..luv u dad~! =')



Tuesday, November 2, 2010

Apabila kuliah sudah tamat.............

“Yeaaayy!!! Saye suda bebas untuk semester ini”..hahaha..ya,itulah luahan hati aku yang sangat girang bila minggu ke-14 semester 1-2010/2011 dah berlalu..maknanya kuliah semua dah abess..semua presentation dan test pun dah selesai..dah tk payah aku susah payah pikirkan pasal kuliah lagi..tugas aku sebagai instructor/pengajar makmal pn dah tamat..banyak pengalaman yang aku dapat.(pasni bole claim gaji untuk 4 bulan..hehe)..sekarang, aku bole online lame-lame pastu tido lame-lame(hehehehe..)


Dah 4 hari kutt aku rilek bersenang-lenang..(amboi-amboi engkau yazid,rilek nmpk..makan tido makan tido je kau ye). Hehehe..tetibe baru aku sedar,JAVA individual assignment aku belum buat! Soalan pun aku tak tengok lagi..teruk betullah..aku kne start buat,kalau tak mati la aku…”saye lemah subjek programming tauu..huhu”…tu belum kire preparation untuk final exam lagi tuh..satu hape pun aku tak study lagi..yazid,bangun..bangunnn!!! exam akan bermula 3 minggu dari sekarang,tapi aku ni habuk pun tarakkk~


So,dengan penuh kesedaran dan rase tanggungjawab,aku berazam untuk siapkan semua kerja dan start study bermula…errrrrr…2 hari dari sekarang lahh..bole tak?hehehehe…bagi la chance aku tenangkan fikiran,otak aku dah cukup beban dah pikir mcam2 masalah termasuklah masalah peribadi (biar jelah orang tuu..hmm)..eh2,berbalik kepada topik asal, 2 hari dari sekarang aku akan mula study berkonsepkan “gerak gempur di medan pertempuran”..haaa menarik tak?kehkeh…tapi skg ni pun aku ade jugak study sikit-sikit.Risau aku kalau pointer semester ni turun. So,bace lah nota-nota yang simple-simple, supaya otak aku tak hang~


p/s:korang tak study ke?jom la study same-same..



Sunday, September 12, 2010

Istimewa Aidilfitri~

1 syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah & dosa,
Ampun maaf dipinta di hari mulia.

Walau jauh bukan halangan,
ucapan dihantar tanda persahabatan,
Kupohon maaf selama berkawan,
Salam aidilfitri tanda ingatan.

Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucapan tak terdengar,
mata tak bertentang....
Pohon maaf andai mata silap memandang,
telinga salah mendengar,
lidah terlanjur berkata,
dan hati tersalah menduga.

Titisan hujan di pagi Aidilfitri,
Syahdu hati di hari lebaran,
Salah dan silap harap dimaafi,
Moga hubungan terus berkekalan.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
Dalam berjanji mungkin belum dikota,
Dalam bicara mungkin menyinggung rasa,
Jika ada, kemaafan dipinta..
SALAM AIDILFITRI.



**Dam dam dum bunyi mercun...(tetibe)..=p
apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..
harap maaf klo byk buat dosa
~***~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...