Wednesday, November 21, 2012

Buah Nona

Korang tahu apa itu buah Nona..? Pernah jumpe? Pernah makan?
Kalau tak pernah jumpe, korang belum boleh dikira sebagai pencinta buah-buahan tempatan....hehe.
Dan aku klasifikasikan (wahhh ayat kau) buah ni sebagai buah yang rare, sebab susah nak nampak orang jual kat tepi jalan..aihhh~

     "BUAH NONA (Annona squamosa) atau BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya. Nama botani buah Nona adalah Annona squamosa dari Keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Beberapa rujukan menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun diusahakan di banyak negara termasuk kawasan Aia Tenggara dan seluruh kawasan tropika.Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

     Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte)dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak."


Bagi aku, sedaplah rasa buah ni, ala-ala durian belanda kot rasanya..kot laa.hehhh!
Then, masa kecik-kecik dulu aku selalu dengar lagu "Rasa Sayang", di mana ada sebutan NONA dalam lirik lagu tu..

Bila dengar lagu tu, aku jadi hairan kenapa watak dalam video tu seorang perempuan dan bukannye buah nona!
Dan 2 perkara bermain dalam imaginasi aku iaitu "penyanyi tu sayangkan buah nona" atau "muka perempuan cantik tu macam sebiji buah nona"...hahaha




Saturday, November 17, 2012

Stop the war, SAVE GAZA



Saturday November 17, 2012 - 10:53
Palestinian medical sources reported Saturday that a total of eight Palestinians have been killed, and several other residents have been injured, some seriously, in a fresh wave of Israeli military escalation against the coastal region. "



That was the worst ever news that I don't want to heard. We hear about violence every day and I don't know how they could dare to kill child. That children was innocent. They don't know anything!
For the Israel, "more missile you send to Palestine, more pray and help we send to them"





Beware!
We are Muslim!
And we not the terrorist!




Nota : Tak tahulah sampai bila bumi Palestin akan bermandi darah. Pilu hati melihat anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kasihan melihat orang-orang Islam menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Dan bila agaknya negara-negara Islam yang lain termasuk negara kita nak bergabung angkat senjata ye? agak-agak possible tak? Kalau semua negara Islam pi serang Israel tu, mesti hancur berkecai negara kecik diaorang tu kan? wallahualam~

Thursday, November 8, 2012

Habuk Pensil Bertukar menjadi DUIT

Masa kecik-kecik sekolah rendah dulu, pensil kayu dah menjadi kemestian yang perlu ada dalam pencil box murid-murid. Zaman dulu mana mampu pakai 'pensil picit-picit'...


So, perkara biasalah kalau bawah meja kat sekolah tu ada banyak habuk pensil. Setiap hari kejenya mengorek pensil je. Dan biasalah, budak-budak kecik ni ada sahaja cerita dongeng yang mereka cipta...

Dan aku sebagai seorang yang berimaginasi tinggi memang mudah lah terpedaya dengan cerita-cerita macam tu..
Apa lagi, balik je dari sekolah, operasi + eksperimen bermulaaa...


Masa budak-budak, setakat main tanah tu perkara biasa. Balik rumah mesti kotor2 punye.
Bila dah tanam habuk pensil tu, mulalah berangan berapa banyak duit yang akan menjelma keesokkan harinya.




hehehe..
Secara konklusinya,  eksperimen aku tak menjadi. Habuk pensil tu tak jadi duit pun. Yang ada hanyalah TAIK KUCING! hahaha.. hampeh..
Macam mana lah aku boleh percaya yang habuk pensil tu boleh bertukar jadi duit.. aihhh~
Budak-budak ohh budak-budak~

TAMAT

..
..
..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...