Thursday, November 8, 2012

Habuk Pensil Bertukar menjadi DUIT

Masa kecik-kecik sekolah rendah dulu, pensil kayu dah menjadi kemestian yang perlu ada dalam pencil box murid-murid. Zaman dulu mana mampu pakai 'pensil picit-picit'...


So, perkara biasalah kalau bawah meja kat sekolah tu ada banyak habuk pensil. Setiap hari kejenya mengorek pensil je. Dan biasalah, budak-budak kecik ni ada sahaja cerita dongeng yang mereka cipta...

Dan aku sebagai seorang yang berimaginasi tinggi memang mudah lah terpedaya dengan cerita-cerita macam tu..
Apa lagi, balik je dari sekolah, operasi + eksperimen bermulaaa...


Masa budak-budak, setakat main tanah tu perkara biasa. Balik rumah mesti kotor2 punye.
Bila dah tanam habuk pensil tu, mulalah berangan berapa banyak duit yang akan menjelma keesokkan harinya.




hehehe..
Secara konklusinya,  eksperimen aku tak menjadi. Habuk pensil tu tak jadi duit pun. Yang ada hanyalah TAIK KUCING! hahaha.. hampeh..
Macam mana lah aku boleh percaya yang habuk pensil tu boleh bertukar jadi duit.. aihhh~
Budak-budak ohh budak-budak~

TAMAT

..
..
..




9 comments:

  1. hahahha..dulu pernah gak buat camtu! :D

    ReplyDelete
  2. setakat yang aku ingat, xde la aku percaye benda camtu time aku kanak2 ribena dulu.

    lagi best kawan ko tu. inesen gilak jawapan.. dia betul2 percaye ke? muahahaha~ ;P

    ReplyDelete
  3. hahaha,, alahai.. inesen tol.. boleh pcaye 100% .. Ye laa budak budak kan..

    ReplyDelete
  4. kecik2 dah mata duitan..

    insaplah yazid..!

    ReplyDelete
  5. Haha. Terfikir jugak kenapa la zaman sekolah rendah dulu suka sangat asah pensel bawah meja. Kdg2 sampai meja yg suci bersih tu pun da bertukar rupa. penuh dgn habuk pensel aje..

    ReplyDelete
  6. bahahahaha..lawok laaa...aduhaiiii

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...