Wednesday, March 28, 2012

Ada apa dengan mamak??

Salam sejahtera semua!
Sekarang ni, Restoren mamak memang sinonim dengan semua orang. Pergi lah mana-mana tempat, mesti ada restoren mamak. Dan banyak isu-isu pasal mamak ni yang selalu timbul sama ada yang positif atau sebaliknya. Betul tak?
Namun begitu, walau macamana buruk sekalipun perspektif masyarakat terhadap restoren-restoren mamak ni, tetap ramai jugak orang yang datang. Bahkan mungkin kita sendiri pun tak jemu-jemu melepak kat mamak!
hahaha..

Ape punca kita semua (kita ke??haha) suka lepak kat mamak?


Pertamanya dah tentulah sebab restoren mamak ni dibuka 24 jam.. non-stop maaaa..
Maybe sebab tu lah ramai yg prefer untuk lepak kat sana.. Nak lepak sampai matahari terbit keesokkan harinya agaknye kot..



Yang kedua, mungkin sebab makanannya... mungkin laaaaaaaa.... sebab kat restoren mamak la tempat paling senang nk jumpe roti canai, nasi kandar, tosai, bla..bla..bla..
Pendek kata, jangan bukak kedai mamak la kalau takde coni canai! haha

Ketiga, sabab nak tengok EPL.
Para Kipas Susah Mati pasukan bolasepak EPL masing-masing dah tentu lah akan berkunjung ke restoren mamak untuk menonton perlawanan-perlawanan yang membabitkan team feveret diaorang, macam Manchester United, Chealsea, Liverpool, Arsenal, Tottenham, Manchester City dan Johor FC....eh??? hahaha..



Dan yang terakhirnya ialah............
Errr.. ape ye? haaaa..yang keempat! kalau dulu, mungkin kita akan cakap camni...


Tapi sekarang...............



Hehehehe...
Emm selebihnya, korang pikir sendiri la oiii... 
gua nak tengok game Johor fc nih, feveret gua..
cau =P


Tuesday, March 20, 2012

Lelaki perempuan ibarat kucing dengan ikan?

Beberapa hari yang lepas, ada seorang pakcik yang baik bagi kata-kata nasihat untuk aku. Serius panjang lebar tazkirah dia, tapi semuanya memang berguna dan membuatkan aku terkedu.. =.="
Apa yang dia ceritakan adalah berdasarkan pengalaman dia, dan itulah yang dia nak kongsikan kepada generasi muda. Dia memang dah banyak makan garam dari kita. Malah dia sendiri cakap ..

"Kau tahu garam itu masin kan. Semua orang tahu garam itu masin. Tapi tak semua orang tahu sejauh mana masinnya garam tu"..

Ok dah, straight to the point. Satu lagi yang buat aku tertarik ialah kata-kata peribahasa yang keluar dari mulut pakcik tu. Serius aku tak pernah terfikir peribahasa tu sebelum ni...

"Lelaki dan perempuan ni ibarat kucing dengan ikan........"











hehehehehe! see??  korang dapat tangkap mesej yang nak disampaikan melalui peribahasa tu tak? hehe..

Bila difikirkan, that's the reality!
Semua makhluk yang bernyawa mempunyai nafsu.
Kepada si Kucing, jangan fikir bila takde orang nampak, kau boleh suke2 makan ikan tu. DIA nampak tau, jangan lupa.
Kepada si ikan, jangan biarkan diri anda mudah dicapai oleh kucing..Pi la duduk dalam 'tudung saji', kan tak nampak menggiurkan..hehehehe.. 
Pendek kata, kucing takkan makan ikan kalau ikan tak posing baik punye, dan ikan takkan dimakan oleh kucing kalau ikan tahu jaga diri..

Find the root, solve it!

kehkehkeh.. =p





Sunday, March 18, 2012

Mak, kenapa saya hitam..?

Pada suatu ketika dulu di sebuah kampung, terdapat dua beranak yang dilahirkan berkulit gelap sejak lahir. Mereka ialah Mak Minah dan anaknya Sudin.

 Suatu hari, Sudin bersedih kerana dia tidak dilahirkan seperti kawan-kawannya yang lain. Semua kawan-kawannya berkulit cerah. Sudin tak berpuas hati. Dia berlari-lari anak pulang ke rumah lantas bertanya pada emaknya...................... 





hehehe.. 




" Jangan kita merasa tersisih disebabkan kita tidak sama dengan orang-orang di sekeliling kita. Jangan kita merasa sedih di atas kekurangan yang ada.
Kerna, setiap makhluk yang diciptakan oleh tuhan itu mempunyai kelebihan tersendiri. Setiap makhluk yang dilahirkan ada keistimewaan tersendiri. Hargailah diri kita. "


Thursday, March 15, 2012

Tips Elak Sesat Jalan.

hui! Sejak dua menjak ni, aku banyak kali tersesat jalan. Entah apekebendanya aku pusing-pusing kat tempat yang sama. Jadi aku terfikirkan tips bagaimana untuk elakkan dari sesat jalan.

Pertama (1).......

Gunakan Google Map sebelum memulakan perjalanan. Cubalah tengok ade berapa simpang yang akan kita lalu, cuba buat andaian berapa jauh perjalanan seterusnya kita boleh budget masa perjalanan. simple maaa!




Kedua (2)....

Rajin-rajin bertanya orang. Kan pepatah ada cakap, "Malu Bertanya, Sesat Jalan".. Dah kau tak tanya, memang sesat lah kau! haha.. So, tips ni gunakan apabila korang sedang memulakan perjalanan. kot-kot dah rasa lain macam tu, berhentilah kat tempat yang ada orang dan tanya lah dorang tentang tempat yang korang nak pergi tu.



Ketiga (3)...

Guna GPS! Yes,sekarang zaman teknologi. GPS sangat membantu dalam usaha untuk sampai ke tempat yang kita nak tuju. Dan pastikan korang tahu gunakan GPS ok... 

**aishh, terasa macam perli diri sendiri pulak =.="



Hehehehe.. kadang-kadang, guna GPS pun sesat jugak wei.. So, pandai2 la korang camne nak survive. Tapi tak perlu risau, Malaysia ni kecik jerrr, pusing-pusing nanti sampai jugak. Bezanya cepat sampai atau lambat jer... hehe... 


cau cin cau!

.....
.....
.....
.....
.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...