Tuesday, May 31, 2011

Periksa dahulu sebelum memulakan perjalanan.

(Sila baca dengan nada suara Usop Wilcha..hehe)
Pada suatu hari....
Burung-burung pun berkicauan..
Ade yang bekerja....ade yang bergembira... (hehehe)


Aku pula berjalan-jalan dengan penuh semangat..


Sedang asyik aku berjalan, aku terperasan sesuatu...
"Ohh mengapakah mereka memerhati diri ini?"
Seperti ada sesuatu yg sedang hangat diperkatakan...
Jantung berdegup kencang...dada ini rasa berdebar-debar...
Tetapi, hidup mesti cool..
"rileks..rileks...think positif", begitulah kata hatiku...(heheheh)


Aku tersenyum...
Aku terus berjalan seperti biasa..
Memerhati keindahan keadaan sekeliling...
Sehinggalah tali kasutku terbuka daripada ikatan dan ketika aku memandang ke bawah, aku telah nampak sesuatu yang ganjil iaitu...





Nafas seakan-akan terhenti seketika..
Ketika itulah kepala tidak mampu menoleh ke kiri dan ke kanan..
**Speechlesss...

P/s: Malu gilerrr sehhhh...=.="

Wednesday, May 25, 2011

Petua Mengelakkan Keletihan (bahagian akhir) : Senaman

Akhirnya kita sampai ke bahagian terakhir "Petua Mengelakkan Keletihan"...hehehe
Pada bahagian ni, salah satu cara mengelakkan keletihan yang akan dibincangkan ialah...
Yup,betul..."Bersenam". Kita harus tahu, bersenam merupakan salah satu amalan yang akan mengelakkan diri kita daripada menjadi keletihan..**betul wo0o..hoho
Namun, kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam. Bukannya susah, kita cuma memerlukan masa antara 10 hingga 20 minit setiap pagi untuk melakukan senaman ringan. 
Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita. 



..............
..........
........
.....
..


 INGAT! melakukan senaman disamping menikmati udara segar je tau!
hahahaha

Saturday, May 21, 2011

Petua Mengelakkan Keletihan ( bahagian 2 ) : Tidur Yang Mencukupi

Huhuiiiii...hehe
Kita berjumpe lagi kali ni dalam tajuk "Petua Mengelakkan Keletihan"..
Kelmarin aku dah cerita salah satu cara untuk elakkan keletihan kat entri BAHAGIAN 1
(entah2 korang tak bace kot.hahaha).
So, dalam BAHAGIAN 2 ni kita akan berbincang tentang satu lagi cara untuk elakkan keletihan iaitu..........

Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan meminum susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu kita tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.



Hahahahaha...!!
okeyh2,berhenti gelak sekejap... 
.Bila dah dapat rehat secukupnya, barulah badan tak rasa letih lagiiiiiiiii... >.<
Senang je petua pada BAHAGIAN 2 ni kan??

TAPI....
Secara peribadi, aku rasa tidur ni sebenarnye akan membuatkan seseorang menjadi letih.
" Aikk??? dapat rehat secukupnye pun jadi letih ke??"

Betul ni aku tak tipu!!
Kalau tak caye tengok nih.........


Hahaha...haaa betul tak?? 
Tidur memang membuatkan seseorang letih..
bukan yang tidur tu letih, tapi 'tukang kejut' yang keletihan.

"Letih nak mengejutkan orang yang tidur tu"
heheheh...peace (^^)v


akan bersambung............

Friday, May 20, 2011

Petua Mengelakkan Keletihan (bahagian 1) : Jaga Pemakanan

Anda penat?? lesu?? letih??
Kesiannnnnn..hahahaha
Baiklah, jangan risau dan gusar. Hari ini kita akan membincangkan tentang 'petua mengelakkan keletihan'. Ada banyak petua untuk kita mengelakkan diri kita daripada menjadi keletihan nih. Tapi hari ni kita akan membincangkan tentang salah satu petua untuk mengawal diri kita daripada keletihan, 
iaitu..................


Yes! betul tu! salah satu cara untuk mengelakkan diri kita dari keletihan ialah dengan cara menjaga pemakanan. 
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan kita. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada diri kita.








Tuesday, May 10, 2011

warnaNYA: Design Your Mascot Mini Contest by Nuruldotdotdot

Hoho... kali ni aku nak join 1 contest!
Tuan punye blog/penganjur sendiri telah berkunjung ke sni dan menjemput aku untuk join contest ni.
macam best jer contest nih sebab just edit maskot menggunakan kreativiti masing-masing,,
ini dia.

 
 (korang klik la kt picture atas nih kalau nk tgk contoh maskot yg dah diedit,,nice!)

Dah alang-alang aku tgh kebosanan nih, best gak main edit2 pic kartun nih..
dan inilah hasilnye.........................

haha..cincai-cincai jelah aku buat..yang penting, dah edit...bluekks! =p


p/s: disebabkan aku Johorean, aku buatlah bju teluk belanga n songkok tinggi..pastu kasi senget sikit songkok tu.. =D

Jangan Tak Makan!

...






Wednesday, May 4, 2011

Jom Conteng

Sempena tahun pertama blog contengconteng, dengan gembiranya Incik ContengConteng ingin mengajak kita semua untuk berkongsi cerita masing-masing dalam peraduan pertama blog contengconteng! hehe..



Dan aku memang ada cerita yang ingin dikongsi..Kalau dalam Siri "Aku ingat lagi" ni, dia gunakan duit saku untuk beli bola ping pong kat sekolah. So, kali ni aku akan cerita pulak apa yang aku biasa beli dengan duit saku aku masa kat sekolah dulu..
Ceritanya bermula begini..........



Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor....Tempat aku bersekolah dari tahun 1995-2000. Masa aku darjah 4, ayah bagi duit belanja 50sen.
So, biasanya aku telah gunakan duit tersebut untuk 'menabung' di kantin sekolah! hahaha
Ya, waktu rehat adalah masa yang ditunggu-tunggu.



Ketika waktu rehat lah masanya aku melaksanakan apa yang sepatutnya aku buat iaitu membeli..........

jeng..jeng..jeng..


hehe..superb! inilah dia, MeeSup..Menu ni lah yang paling popular di kalangan rakan-rakan seangkatan dengan aku masa sekolah dulu. Kenapa ia popular?? sebab inilah makanan paling murah+mengenyangkan yang boleh kami beli. Kalau nk beli gula-gula, ais krim atau kacang, comfirm la tak kenyang. Mee Sup ni murah je..betul.. tengok nih..
haaa..hehehe..50sen je, memang ngam-ngam je dengan budget aku. Sebelum makan, letak sambal kicap banyak-banyak dalam mee sup tu (sampai hitam kuah sup tu..haha)...hohoh,betul-betul how liow~

** tak sah lah orang Johor kalau tak makan sup letak sambal kicap..hehe

Masa makan tu, memang kasi licin punye (rugi bayar 50sen kalau tk abiskan). Sampai kuah sup tu aku hirup terus dah macam minum air.....

Nampak macam gelojoh je kan bila hirup macam tu..?( eleh biasalah, nama pun budak-budak) Tapi itulah part yg paling best..paling nikmat.. 

"Sehinggalah pada suatu hari, ketika aku sedang menikmati hirupan yang terakhir, tiba- tiba........"



........*speechless*........dah hirup kuah yang penghabisan pulak tuh............=.="

..TAMAT..




Soalan-Soalan Dari ContengConteng:

Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
-lukisan yang cntik, idea yng kreatif, pengolahan cerita yang menarik
 Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
 perbaiki header, perbanyakkan cerita, perkemas layout.
Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? 
T-Shirt, Key-Chain, Cap 

p/s: sape kata malang tak berbau?? malang berbau mee sup tau! hahaha...."Malang memang Berbau"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...