Saturday, December 31, 2011

Azam dan Impian Tahun Baru

Haiii........... ini adalah entri terakhir tahun 2011.
So, hari ini kita akan cerita mengenai "Azam dan impian Tahun Baru".


Tahun 1999, impian aku pada tahun hadapannya ialah untuk mendapatkan......


Hahaha! Seriusss.. aku teringin nak beli Digimon nih. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku tak pernah memiliki 'menatang' nih... haishhh =.="

Then tahun 2004, azam dan impian aku cuma nak beli.........


Dan tahun 2005, impian tu tercapai..hahaha (ketawa bongkak) =P
Aku beli jugak kasut Jack Purcell tuh. (masa tu harganya rm89.90..kot).
Tapi sekarang kasut ni dah takde dah, dah bagi kat orang.

Then sekarang ni dah tahun 2011. Tak tahu la apa azam dan impian aku untuk tahun 2012 (Seriously, tak pikir lagi).
Tapi apa yang aku tahu, tahun 2012 lahh aku perlu.....


wuuwuwuwuw~ Haishhh~


*** cerita di atas hanya sebahagian sahaja daripada impian dan azam aku suatu ketika dulu, iaitu sewaktu aku kanak-kanak dan menjangkau usia remaja. Sekarang?? Masih remaja lagi kot..hehehehe...
Selamat Tahun Baru 2012!


Friday, December 30, 2011

Tutorial Flash : Actionscript Part 1 - Fullscreen

Apa itu Actionscript?

Bagi anda-anda yang selalu menggunakan perisian Adobe Flash, pasti anda biasa mendengar istilah "Actionscript" kan?. Actionscript adalah siri pengkodan (coding) dalam membangunkan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan flash, contohnya menghasilkan website banner, CD interaktif, mobile application, games dan sebagainya.  Dan biasanya actionscript digunakan apabila kita menghasilkan aplikasi flash yang menggunakan 'timeline'.(rujuk entri ini untuk mengetahui apa itu timeline)

Jadi,pada hari ini saya akan memberikan 1 contoh actionscript asas yang lazimnya digunakan dalam menghasilkan suatu aplikasi Flash. Saya juga akan menunjukkan bagaimana untuk menggunakannya.

 Fullscreen

Fungsi 'Fullscreen' ini adalah bertujuan untuk memaparkan aplikasi flash anda secara penuh di atas skrin komputer anda apabila aplikasi Flash dimainkan.

Paparan rajah di atas adalah contoh aplikasi flash yang tidak menggunakan fungsi 'Fullscreen'. Anda dapat lihat aplikasi yang dipaparkan adalah dalam saiz default (550px x 400px).

Ini pula adalah contoh paparan skrin aplikasi yang telah menggunakan fungsi "Fullscreen", di mana saiz aplikasi secara automatik akan menjadi sebesar saiz skrin monitor komputer tanpa perlu mengubah setting saiz paparan.

Baiklah, sekarang saya akan menunjukkkan cara untuk menghasilkannya.

Step - 1) Buka aplikasi Flash anda di dalam Adobe Flash.

Step - 2) Klik frame pertama pada timeline aplikasi anda.

**klik frame pertama

Step - 3) Buka Actions pop-up window (tekan F9)

**buka Action window



Step - 4) Pada ruangan action tersebut, taip code ini, 

fscommand("fullscreen",true); 

**masukkan code

Step - 5) Test Movie (tekan Ctrl+ Enter)

Dan siap! oyeah oyeahhh.. hehehe

Ok sampai sini dahulu tutorial flash dari saya untuk hari ini. Kita akan sambung tutorial untuk fungsi actionscript yang seterusnya nanti... Stay tune!

TIPS : Pastikan actionscript diletakkan di frame pertama!!
          **actioscript ini tak boleh digunakan untuk 'mobile application', itu saya akan ajar kemudian ;)


Berak tahun ini, selesai tahun depan








"Selamat Menyambut Tahun 2012"!!!
Hehehe~



p/s: Hati-hati apabila masuk toilet pada pukul 11.59 malam ini, nescaya anda akan keluar dari toilet pada tahun depan..lama tuuu..haha

Wednesday, December 28, 2011

Mak ayah tak izinkan anak bertudung

Diceritakan terdapat seorang anak tunggal kepada sepasang suami isteri, di mana si anak tersebut tidak pernah pun bertudung kerana semenjak kecil lagi ibu bapanya tidak pernah mengajarnya untuk bertudung. Suatu hari, si anak mengambil keputusan untuk berubah, dia bertekad mahu bertudung.
Pada mulanya, si anak memberitahu hasratnya kepada emak nya.


Alangkah sedihnya si anak apabila ibunya tak izinkan dia bertudung. Segala kelengkapan telah dibeli. Segala keperluan telah tersedia. Hanya menunggu restu dari orang tuanya sahaja. Tidak disangka jawapan itu yang keluar dari mulut emaknya. Ketika sedang bersedih berkurung di dalam bilik, si anak terdengar suara ayahnya....


Ketika itu, ayahnya baru pulang dari kerja. Si anak bertekad untuk memberitahu hasratnya kepada si ayah pula. 
Si anak berkata di dalam hati ;
 "apa nak jadi, jadi lah.Aku mesti bagitahu ayah. Aku akan buktikan aku serius."

Lalu si anak terus bersiap-siap dan  bergegas bertemu ayahnya.





Alangkah terkejutnya si ayah melihat si anak berubah sekelip mata..
Dengan nada yang perlahan, si ayah berkata............









Hahaha!



Tuesday, December 27, 2011

Gadis yang cantik tetapi tidak menawan

Huhuiiii....
Hai everybody! *ehh konon-konon speaking pulak..haha
Topik hari ini adalah kecantikan, kebersihan dan kekemasan..
 Seperti yang kita tahu, ramai orang kata cantik itu subjektif.
Walaubagaimanapun, semua orang mementingkan kecantikan. Yang si gadis nak jadi cantik, yang si lelaki pulak nak cari yang cantik.

*wahh, ayu gitu siap posing-posing

Mungkin kita selalu dengar orang cakap;

"Tak cantik takpe,asalkan hati baik. Sekarang cantik, dah tua nanti berkedut juga. Ibarat kereta yang baru dikilangkan,lama-lama pudar juga warnanya"

Wahh puitis gitu ya...haha

Tetapi, tipulahh kalau si lelaki cakap "Saya tak pandang perempuan cantik". puiiiiii.....
Walaupun takdelah sampai ke tahap jatuh hati, tapi mestilah ada perasaan tertarik bila tengok gadis cantik. Macam gambar kat atas tu,haa cantik tak? (tak ke? haha)

Namun begitu, jangan mudah tertarik dengan kecantikan luarannya sahaja. Kalau muka cantik, belum tentu si cantik tersebut pembersih + menjaga kekemasan. 
Macam ni haaaaaaaaaaaaaaaa.........


loading 10.....


loading 9.....


loading 8.....


loading 7.....


loading 6.....


loading 5.....


loading 4....


loading 3....


loading 2....


loading 1..... Tadaaaa!


hambikkk kauuuu! hahahahaha...
Sila jangan terbayang-bayang sehingga terbawa ke alam mimpi..hehehehe....


p/s: Tak pelik jika gadis berbulu ketiak ,ianya normal ( seriously),  tapi korang pandai-pandai lah jaga kebersihan dan kekemasan diri korang. Jangan nampak 'kemas' pada luaran sahaja, dalaman pun mesti mau kemas. So, utamakan KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN~  =P

Monday, December 26, 2011

Tutorial Flash : Motion Tween

Salam sejahtera geng!
Hari ini, kita akan sambung tutorial Flash kita (for beginner). Pada entri yang lepas, kita dah pun belajar mengenali interface Adobe Flash. Jadi, hari ini kita akan mula menggunakan Flash. Kita mulakan aktiviti pertama kita dengan menghasilkan "Motion tween"..oyeahh..oyeahh.. hehe

Motion Tween ni sebenarnya adalah cara untuk kita menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya akan buatkan tutorial ringkas untuk motion tween ni. Objek yang akan kita gerakkan adalah elemen 'Teks'.
Baiklah, korang ikut langkah-langkah di bawah satu persatu.:

1) Lihat di bahgian toolbar dan klik 'Text tool (T)' dan taip ayat korang.



2) Pergi ke timeline --> frame 1-- > mouse right click > click 'Create classic tween'

*selepas anda lakukan langkah 2 ini, anda akan nampak timeline bertukar menjadi warna biru

3) Frame 20 --> Mouse right click -->  click 'Insert keyframe'


4) Klik pada frame 20 --> klik 'Selection tool' --> gerakkan (drag) Teks tersebut ke bahagian bawah.

*sekarang, anda boleh lihat ketika frame 1, teks berada di atas dan pada frame 20, teks berada di bawah. Pada timeline juga terdapat satu garisan anak panah panjang, bermakna motion tween berjaya dilakukan. ( garisan anak jadi putus-putus jika motion tween tidak menjadi)

4) Clik 'Control' --> click 'Test Movie'  (Ctrl+Enter)


Siap! Teks tu bergerak-gerak dari atas ke bawah kan? hehehe..

*Tips :  -'Motion tween' juga boleh dilakukan untuk objek lain seperti karakter atau imej.
            - Kelajuan pergerakan bergantung kepada panjang timeline
              (panjangkan timeline untuk kurangkan laju) 





Sunday, December 25, 2011

Blangkon itu "Songkok Jawa"

Hai semua!
Hari ini saya ada satu topik yang agak menarik iaitu Blangkon.
Tahukah korang apa itu Blangkon?? 

"Blangkon adalah penutup kepala yang digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Blangkon sebenarnya bentuk ikatan yang menjadi tutup kepala yang dibuat dari batik. Tidak ada catatan sejarah yang dapat menjelaskan asal permulaan lelaki jawa memakai ikat kepala atau penutup kepala ini."

Begitulah serba sedikit definisi Blangkon..dulu saya panggil Blangkon ni 'Songkok Jawa'...hehe... Sebenarnya Blangkon ini dihasilkan daripada sehelai kain batik yang diikat dengan cara tersendiri, menggunakan kain berukuran 105cm x 105cm.
Sejak kecil saya berminat untuk memiliki Blangkon ini, dan akhirnya hajat itu tercapai apabila saya menjejakkan kaki ke bumi Indonesia..banyak blangkon aku beli..hehe. Hasil daripada trip tersebut dan maklumat dari teman-teman Indonesia, dapat lah saya mengkaji serba sedikit tentang jenis-jenis Blangkon ini.
Terdapat beberapa style atau gaya penghasilan Blangkon. Yang pertama adalah.......

Ini adalah Blangkon gaya Jogja (Jogyakarta). Seperti namanya, ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya Jogja ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut. Cantik!
Jenis yang kedua adalah........


Blangkon gaya Solo (Surakarta) ini pula dipopularkan oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya Solo ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek.
Seterusnya ialah.......


Ya! Ini adalah style kegemaran saya, gaya Sunnan Kalijaga (sebahagian orang mengatakan ia gaya Demak). Mengikut kata teman-teman saya, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalangan Walisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Korang pernah dengar pasal Walisongo kan? pergi cari kat Google! hehe.
Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.Style beb!
Seterusnya dan terakhir ialah.........


Blangkon gaya Sunda. Ini juga adalah salah satu gaya kegemaran saya. Untuk pengetahuan korang, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa. Berbeza dengan gaya-gaya Blangkon yang telah saya nyatakan di atas, gaya ini mempunyai keistimewaan pada bahagian depannya, korang boleh nampak ade hujung kain yang terjuntai di dahi. Bahagian belakangnya pula hanya permukaan rata sahaja. Cool!

Begitulah serba sedikit penerangan tentang Blangkon atau "Songkok Jawa" ini. Tidak lengkap rasanya menjadi keturunan jawa jika tidak memiliki salah satu seni warisan yang unik ini.
Bye- bye =)




p/s: credit to my Indonesian friends Ikhmatiar (Jawa Surabaya), Pak Bana (Jawa Solo) and Deni (Sunda).Kepada Deni, terimakasih kerana hadiahkan Blangkon Sunda kepada saya! Nanti saya belanja kamu makan mee bandung Muar! hehe

Friday, December 23, 2011

Tutorial Flash : Mengenali Perisian Adobe Flash

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah lama saya tidak update tentang tutorial flash kan? Jadi, bermula hari ini, saya akan update tutorial-tutorial menggunakan perisian Adobe Flash setiap minggu supaya kita sama-sama boleh belajar menghasilkan pelbagai aplikasi menggunakan Flash.

Baiklah, untuk entri permulaan ini kita akan belajar asas-asas untuk menggunakan perisian Adobe Flash.
Tak susah sebenarnya nak guna perisian ini.

Langkah pertama, of course lah anda semua mesti ada Adobe Flash. Buka perisian Adobe Flash tersebut. Kalau takda, macam mana nak buat Flash...kannnnnn? hehe

Ok, langkah seterusnya dan paling utama, kita akan mengenali elemen-elemen utama yang ada di dalam Adobe Flash. Secara ringkasnya terdapat 3 elemen paling asas yang perlu anda tahu untuk menggunakan Flash iaitu Stage, Toolbar dan Timeline

*antaramuka Adobe Flash

1) Stage

Elemen pertama yang perlu anda tahu ialah stage. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, stage tu tempat kita nak design lah kirenya. Tempat lukis-lukis..hehe. So, dalam stage ni anda boleh nampak segiempat untuk anda design. Di bahagian kanan-atas nya ada petak yang tetera "100%". Itu adalah viewsize untuk stage anda. Contohnya jika anda nak zoom-in or zoom-out, hanya perlu adjust percent pada petak tu je. Mudah!

2) Toolbar

Elemen ini mengandungi tools yang akan anda gunakan dalam menghasilkan aplikasi Flash. Jika anda lihat pada gambat di atas, ada banyak tool yang boleh digunakan seperti Selection tool, Free transform tool, Pen Tool, Text, Shape tool, Paint Bucket dan banyak lagi.
Dan di sebelah toolbar adalah properties. ia digunakan untuk kita setting setiap tool yang telah kita pilih. 

Contohnya bila kita pilih Text, kita kan lihat dahulu di properties untuk kita set jenis font, saiz font dan warna font. Begitulah!

3) Timeline

Apa itu timeline?? Timeline adalah elemen yang penting. Ia adalah elemen utama yang membezakan antara Flash dengan Photoshop (ada banyak lagi perbezaan, tapi timeline yang paling ketara dilihat).
Okeh, timeline ini ialah tempat untuk kita tentukan bagaimana aplikasi kita akan berjalan. Maksudnya, segala pergerakan objek dan animasi akan dikawal dengan menggunakan timeline ini. Serius seronok menggunakannya!



Jadi, itulah antara elemen utama pada interface Adobe Flash yang perlu anda tahu. sekarang ni, boleh la anda godek-godek dulu Adobe Flash anda tu ye..hehehe. Pada entri tutorial yang seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana kita hendak membuat pergerakan animasi menggunakan "motion tween"...Bye-bye! =D


Teka-teki ikan

Pada suatu hari, tiga orang sahabat iaitu Atan, Abu dan Atun berborak-borak seperti biasa. Di pertengahan perbualan mereka, Atan bertanyakan satu soalan teka-teki kepada Abu dan Atun...............



Terdengarkan soalan tersebut, Abu dan Atun berkerut dahi seraya berkata di dalam hati
" ikan ada ketiak ke?"

Namun begitu, mereka tetap cuba menjawab teka-teki tersebut.
Maka, keluarlah segala macam jenis nama-nama ikan yang lazimnya mereka jumpa di kedai-kedai runcit, pasar tani, pasaraya mahupun di kolam pancing Pak Cik Dollah...


Kesudahannya, daripada ikan keli masak lemak cili api sehinggakan ikan siakap masak tiga rasa, tiada satu pun jawapan Abu dan Atun yang menepati sasaran.
Lantas mereka berkata..............


.....

.....

.....

.....

.....

.....


Bawa lah 'Saya' pergi bersama anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud tajuk entri kali ini kan?
Sebenarnya untuk entri kali ini, tiada cerita atau kisah seperti entri kebiasaan yang selalu saya kongsikan bersama anda.  
Kerana, kali ini adalah entri bebentuk "PEMBERITAHUAN".
Ya, pemberitahuan. 
'Saya' yang dimaksudkan adalah banner seperti dalam gambar di bawah ni.. hehehehe


Haaa.. nampak tak? kalau tak nampak, pendek umur..hehe
Jika anda semua perasan, anda akan nampak gambar seperti di atas pada side bar blog ini.
Saya telah mewujudkan banner untuk blog ini yang boleh diletakkan pada blog anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Copy (Ctrl+A) code banner tersebut
2)  Log In > Dashboard > Add Gadget > HTML/JavaScript
3) Paste code tersebut (Ctrl+V)
4) Kemudian 'save', dan lihatlah hasilnya


Jadi,  "bawa lah saya pergi bersama andaaaaa"... hahahaha

Thursday, December 22, 2011

Segmen Fakta : Siapakah orang yang kerap ke bulan?

"Neil Amstrong (kaum lelaki), seorang warganegara Amerika Syarikat dikatakan sebagai manusia pertama datang ke bulan. Dan ia diikuti oleh beberapa orang lagi (kebanyakkannya lelaki) yang datang ke bulan "

Tetapi, 

ternyata kaum wanita adalah manusia yang paling kerap mendatangi bulan~






p/s: jangan marahh haaaa...hehehehe


Membonceng girlfriend secara HALAL


hehehe..
Baiklah, straight to the point.
Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi pendapat tentang satu topik yang menarik! (ya, pada saya menarik laa..hehe)
Saya tertarik dengan satu poster ( emm poster la kot) yang saya jumpa di laman sesawang ini, di mana petikan ayat di dalam poster tersebut menyimpan maksud yang tersirat.

Mari kita lihat dulu apakah yang saya maksudkan.
Jeng jeng jeng....


Ini dia!! hehehehe

"Double Meaning"~ kui kui kui..
Jadi, bagi pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta di luar sana, boleh lah anda membonceng menaiki motosikal kan, sebab ianya HALAL.
Jika direnungkan dan dibayangkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus tu, boleh tak anda semua bayangkan macam mana situasinya jika ada pasangan yang sanggup membonceng dalam keadaan begitu?

Jika mengikut daya imaginasi saya ini, mungkin beginilah keadaannya jika mahu membonceng secara HALAL!



...........


..........


..........




............


...........


Hahahaha! Padan muka...


Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

Episod 1 : Percubaan Pertama

*wait a few seconds while flash file is loading.... hehe




p/s: just a simple flash movie of mine..just for fun! =P

Monday, November 28, 2011

Berwajah Baru

Hohoiiii...
Hari ni aku nak mintak pendapat semua orang tentang satu perkara.....

owhh sebelum tu, ada pun ceritanya bermula begini..................................

Pada suatu malam, seorang emak (seorang emak?? apesal macam pelik je bunyinye..'seorang ibu' lebih sedap kot bunyinye..hahaha!)  menyuruh anaknya membantunya di rumah, lantas beliau berkata....


Maka, kecewalah si emak sebab tak dapat main game 'Counter Strike'.
Dalam kekecewaan beliau itu, tiba-tiba beliau merasakan sesuatu yang aneh pada anak terunanya.


Dengan senyap-senyap, si emak 'mengsekodeng' untuk melihat apa yang sedang dibuat oleh anaknya itu.....
Dan apa yang dilihat oleh si emak adalah..........................


Tadaaa!!! hahahahaha....

Emak : "Ini ke yang ko study tu?? tak nampak macam study pun...?"
Anak : "errrrr...hehehehe "

Ya itu diaaa, header baru untuk blog rupanya..hehehehe
Dalam diam-diam duk 'godek-godek' Adobe Flash, maka terhasil lah header blog yang baru..

Lawa ke?? Entahlah... aku rase macam tak lawa.. header lama tu lagi lawa.... kot...haha
Sebab header baru ni macam simple sgt. *aku komen dulu sebelum orang lain komen..wekk!
Cuma bezanya, header lama tu berbentuk interaktif (ade button boleh tekan-tekan) dan header baru ni pulak berbentuk 'loop motion movie' (bergerak je tak benti-benti).

**ni header lama




So,yang mana lebih menarik..??
Entahhhhh....... hahaha.. blah!

Thursday, November 17, 2011

Terus Terang















**Rasa-rasanya apa jawapan si gadis?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...