Monday, December 26, 2011

Tutorial Flash : Motion Tween

Salam sejahtera geng!
Hari ini, kita akan sambung tutorial Flash kita (for beginner). Pada entri yang lepas, kita dah pun belajar mengenali interface Adobe Flash. Jadi, hari ini kita akan mula menggunakan Flash. Kita mulakan aktiviti pertama kita dengan menghasilkan "Motion tween"..oyeahh..oyeahh.. hehe

Motion Tween ni sebenarnya adalah cara untuk kita menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya akan buatkan tutorial ringkas untuk motion tween ni. Objek yang akan kita gerakkan adalah elemen 'Teks'.
Baiklah, korang ikut langkah-langkah di bawah satu persatu.:

1) Lihat di bahgian toolbar dan klik 'Text tool (T)' dan taip ayat korang.



2) Pergi ke timeline --> frame 1-- > mouse right click > click 'Create classic tween'

*selepas anda lakukan langkah 2 ini, anda akan nampak timeline bertukar menjadi warna biru

3) Frame 20 --> Mouse right click -->  click 'Insert keyframe'


4) Klik pada frame 20 --> klik 'Selection tool' --> gerakkan (drag) Teks tersebut ke bahagian bawah.

*sekarang, anda boleh lihat ketika frame 1, teks berada di atas dan pada frame 20, teks berada di bawah. Pada timeline juga terdapat satu garisan anak panah panjang, bermakna motion tween berjaya dilakukan. ( garisan anak jadi putus-putus jika motion tween tidak menjadi)

4) Clik 'Control' --> click 'Test Movie'  (Ctrl+Enter)


Siap! Teks tu bergerak-gerak dari atas ke bawah kan? hehehe..

*Tips :  -'Motion tween' juga boleh dilakukan untuk objek lain seperti karakter atau imej.
            - Kelajuan pergerakan bergantung kepada panjang timeline
              (panjangkan timeline untuk kurangkan laju) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...