Saturday, January 7, 2012

Keunikan warga emas

Bila menyebut tentang warga emas, pasti otak korang akan terbayang wajah-wajah insan tua yang kian dimamah usia. Tetapi, tahukah korang bahawa terdapat keunikan pada mereka ni..

Contohnya, cuba korang bayangkan situasi ini....
Satu hari aku pergi ke kedai dan terjumpa dengan Pak Salleh (bukan nama sebenar..haha), pastu aku pun tegur lah Pak Salleh tu..............


Ohh Pak Salleh beli 'Colgate' rupanya..
"Tapi, Cik Senah ada gigi ke nak gosok gigi???" (berkata di dalam hati..haha).

Kemudian bila kupandang plastik yang dibawa Pak Salleh, ini yang sebenarnya dibeli....


Erkkkk~~~~~....
Aku jadi musykil. Bila ku pikir-pikir, barulah aku sedar 'orang-orang lama' ni menggunakan bahasa/perkataan yang dah biasa diaorang sebut sejak berpuluh tahun dulu..
Diaorang dah terbiasa sebut 'Colgate' untuk menggambarkan ianya adalah ubat gigi. Korang tunjuk lah apa jenama ubat gigi sekalipun, mesti diaorang akan cakap ia 'Colgate'!..haha
**tapi sebenarnya ada jugak generasi-generasi sekarang yang guna sebutan yang sama..kannn?? termasuk aku =P

Kenapa ia berlaku??
Sebab dari dulu lagi dahh jenama 'Colgate' tu dah sinomim dengan ubat gigi. Dulu takde banyak jenama ubat gigi kat kedai-kedai runcit. memang ada jenama lain, tapi 'Colgate' la yang paling femessss bertahun-tahun.

Daripada pemerhatian aku, banyak lagi sebutan-sebutan yang kebiasaan disebut. Contohnya..

Pam minyak = Shell (kalau orang2 tua jawa kampung aku, diaorang sebut 'shilll'.hehe)
Mee Segera = Megi @ Maggi (ape2 jenama pun tetap dipanggil 'megi')
AisKrim 'Cone' = AisKrim Cornetto (askem bentuk 'cone' jenama murah2 pun dipanggil cornetto)
Marjerin = Planta (kalau nampak roti marjerin, diaorang akan sebut 'roti planta')


Ada jugak sebutan-sebutan tu yang menjadi ikutan kita jugak (tapi tak ramai), tapi orang-orang tua yang aku jumpa, rata-rata  memang macam tu lah yang mereka akan sebut.

Kalau tak percaye,korang beli barang-barang yang sinonim dengan atok nenek korang (beli jenama lain sikit), pastu tunjuk kat diaorang. Tengok apa jawapan diaorang..Selamat mencuba!..hehehehe.











p/s: ada contoh lain tak?? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...