Sunday, January 29, 2012

Dugaan Pertama Seorang Perantau


Tahun 2012 merupakan satu lagi titk perubahan dalam hidup aku. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia aku tinggalkan untuk mencari sedikit pengalaman bekerja di kota raya..(takdelah kota raya sangat, Cyberjaya je punnn..haha).
Tapi, bagi anak jati Johor ini, inilah pengalaman pertama merantau jauh dari negeri kelahiran, tempat jatuh lagi dikenang. So, aku memulakan perjalanan dari Johor dengan bertemankan kereta Proton Saga buruk kesayangan aku yang telah pun aku beri sedikit sentuhan kosmetik Mitsubishi Fiore, RECARO Fishnet seat dan ‘sunroof’ Honda Prelude supaya kelihatan cantik lagi jelita walapun dimamah usia..hehe


Perjalanan dari Johor dijangka mengambil masa 3 setengah jam. Sebaik sahaja roda bergolek di atas Highway PLUS, aku cuba memecut semahunya sebab aku nak sampai lebih awal. Nak cari tempat kediaman, nak punggah barang, nak rehat……errrr…apa lagi ye?? Entah..Kusut kepala!





Hahaha… Aku rasa, masa kat highway tu,aku lah ‘kereta lama’ yang paling laju di kalangan beberapa ketul kereta-kereta seusia yang terpaksa meredah laluan ‘jiwa kelajuan’ tu bersama beribu-ribu kenderaan moden lagi berkuasa besar yang menggunakan laluan tu. Senyum-senyum je ‘cucuk angin’ kereta-kereta moden dan mewah. Maklumlah,usia kereta aku pun 26 tahun,dapat laju sikit pun jadi la.
Lebih kurang sejam lebih aku memecut, aku dapat rasa yang kelajuan kereta aku dah sampai ke kemuncaknya………….


Hoho…terangkat beb.Serius!! Memang gempak la kan,aku rasa banyak mata yang memandang ke arah aku mase tu. Tetapi sedikit pun tidak menimbulkan rasa riak dalam diri aku sebab……………….











Kereta kesayanganku kecundang jua akhirnya!! 
Betul kata orang, kalau nak belajar hidup merantau ni memang banyak dugaannya..hehe



p/s: terimakasih kepada pakcik PLUS Ronda yang tolong tarik kereta sampai TOL, terimakasih uncle 'Towing Car' dan terimakasih brader2 mekanik yang tolong siapkan enjin kereta aku sampai lewat malam walaupun berat je hati aku nak bayar kos repair tu (nak buat camne, rosak teruk). 

Now, bermulalah hidup YazidTorpedo di perantauan..............................................




Saturday, January 21, 2012

Kucing balas dendam pada tuannya

Kehidupan sejak akhir-akhir ni agak kelam kabut. Macam-macam perkara perlu diselesaikan, sampai nak makan pun malas dan aku buat semua kerja dengan ditemani Si Kembang (kucing aku).Kenapa aku panggil dia Si Kembang? Sebab ekornya kembang dan bulunya lebat, maklumlah kucing kacukan baka Kucing Parsi. 

Beberapa hari yang lepas,ayah aku belikan mee goreng...~tetibe perihatin pulak orang tua tu..hehe..
 Seperti biasa lah, makan mee goreng pun sorang-sorang mengadap laptop dan ditemani Si Kembang..


Tapi kan, baru sesuap dua aku telan mee goreng tu, aku terperasan sesuatu yang membuatkan anak mata aku beralih arah.


Hahaha... cehh Si Kembang ni, nak mintak aku share mee goreng dengan dia la tuuuu....
"Tak dapat derrr".
Sampai habis mee goreng tu aku layan sorang-sorang.
Masa aku tengah leka habiskan sisa-sisa nikmat makan tu, tiba-tiba.........


"Perghhhhh.. lappy akuuuu~"
Dengan selamba jer Si Kembang ni cabut huruf 'U' kat keyboard lappy aku. Tension gila gua...
Kucing ni macam balas dendam je kat aku, bengang jugak la aku time tu.
Tapi kucing kesayangan punye pasal, tak sampai hati aku nak sebat dengan penyapu..hahaha...
Aku buat-buat cool. Cuba pasang balik huruf yang tercabut tu (sambil menyumpah-nyumpah dalam hati).
Perlahan-perlahan aku cuba pasang huruf tu. Dan berkat kesabaran aku...........


........

........

........

.........




Akhirnya, aku tak boleh sabar dahhhhh........




p/s: sampai sekarang aku tak dapat pasang balik huruf 'U' tu.. =.="


Tuesday, January 10, 2012

Keputusan 'GiveAway' KipasSusahMati blog YazidTorpedo

Hello geng! hahaha..sorry lambat, ada aral melintang yang tak dapat dielakkan. So, keputusan GA lambat sedikit diumumkan. Aku dah pun terima penyertaan dari korang dan sambutan sangat menggalakan. Korang sume memang KipasSusahMati betul lah! bikin aku tergelak baca komen2 dari korang.hehehe

Ini adalah blogger2 yang join segmen aku ni :

1)Ima
3)Fz27
7)Nj
11) Teesaz


Serius, korang semua memang 'die hard fan', ayat-ayat korang sume mantap-mantap sampai aku tak tau nak pilih yang mane satu..hehehe

Dalam proses penilaian, perkara utama yang  dititikberatkan ialah "ayat korang tak boleh lebih 25 patah perkataan".. Then, make sure you are my follower..Lepas tu aku baca satu persatu dan aku ada pilih 5 ayat favourite aku. Daripada Top 5 tu baru lah aku pilih ayat dan cara penyampaian yang aku rasa layak dapat anugerah KipasPalingSusahMati untuk bulan ni...

Dan keputusannya, Anugerah KipasPalingSusahMati edisi Januari 2012 ialahhhhhhhhhhhhh..

(klik nama beliau untuk membaca komen beliau)

Tahniah..tahniah
Hadiahnya ialah................tadaaaaaa!!


hehehehehe.... tengok tuhh, plug tercabut pun kipas masih pusing, memang KipasSusahMati ni..=P
Kebetulan, beliau antara visitor yang kerap meninggalkan komen pada entri2 aku. 
Terimakasih dan tahniah!! oyeahh oyeahh..

** kepada Merahitujambu : sila pergi ke Facebook FanPage YazidTorpedo (lihat sidebar) untuk copy HTML code supaya Flash Image ni boleh diletakkan dalam blog/entri anda.




Untuk follower-follower kesayangan aku yang tak terpilih, jangan berkecil hati.
Sebab aku ada jugak sediakan 'something' untuk korang!
ini diaaaaa................


Ini khas untuk korang semua. Kirenye macam sijil penyertaan laaa...korang boleh klik pada gambar di atas dan letak la dalam blog korang..hehehehe

Akhir kata, terimakasih sebab join segmen dari YazidTorpedo ni. YazidTorpedo akan terus meraikan KipasSusahMati blog ini dari masa ke semasa. Jadi,teruskan menyokong blog ini dan rajin2 lah tinggalkan komen anda pada entri2 blog ini...hehe... Peace! (^^)


p/s: pada mana-mana yang terlepas segmen ni, boleh join lain kali..korang boleh ikuti perkembangan saya di FanPage..segala pengumuman akan diberitahu melalui page tersebut.. kot2 esok ada segmen lagi ke, lusa ke, minggu depan ke..errrr..tahun dpn ke..haha

Monday, January 9, 2012

'Give away' untuk follower blog YazidTorpedo

Hari ini aku nak meraikan followers blog ni a.k.a. supporters a.k.a. KipasSusahMati blog ni.!

Sebab aku sedar, ape lah ertinya blog ini tanpa anda semua..hehe..terutamanya insan-insan yang ringan tangan untuk menaip dan meninggalkan 'comments' pada entri-entri aku sampai kadang-kadang ada yang tak ter'reply.. Thanks uollllsss~

So, sekarang ni ada 'Give away' untuk korang.. aku nak bagi 1 picture kartun yang akan aku buat khas untuk korang (yang terpilih nanti). Kirenye macam picture dalam entri sebelum ini lah. 

Cara nak dapatkan 'Give away' ni senang jer. Korang sambung ayat ni :

"Gua  KipasSusahMati blog ini kerana..............................."


korang sambung ayat kat atas tu dan korang tinggalkan dalam ruangan komen entri ni.. just for fun!

Syarat-syarat:
-Terbuka kepada semua follower blog YazidTorpedo sahaja.
-Tidak boleh melebihi 25 patah perkataan
- Drop comment korang sebelum pukul 12 tengahari esok.
-Ayat paling kreatif akan aku pilih sebagai KipasPalingSusahMati bulan ini..hahaha

**Keputusan akan aku beritahu pada entri seterusnya. (mungkin pukul 2 petang esok!)

Oyeah! Oyeah!




**Perhatian!!
Hadiah 'GiveAway' telah di'upgrade daripada pic kartun kepada 'Flash Cartoon' (untunglaa sape dapat..haha). Oleh hal yang demikian, tempoh masa penyertaan dilanjutkan kepada jam 6.00 petang hari ini (10/1/12). Pemenang akan diumumkan pada jam 8.00 malam... tengkiuu..


Pengikut ke-1111

Haha..kenape entah,hari ni aku tengok cantik jer angka '1111' ni.
Dan angka tersebut cuma dapat bertahan selama beberapa minit jer, pastu dah tukar dah.
Jadi,disebabkan hari ni aku ada masa terluang ,dengan rasa confident nye aku bagi la penghargaan untuk 'follower' bertuah ni..

Nahh,amekkk...hehe



Aku tengok blog adik ni cuma ada 1 entri je..hehe.mungkin dia blogger yang betul-betul baru.
So,mari kita terjah blog dia supaya dia lebih bersemangat untuk berblog :  


Adiossss~


p/s: lepas ni nak pilih 'randomly' lah pulak, kot2 nambor 12345 ke, 11121 ke, 12121 ke or whatever.. tunggu jela sape yang bertuah =p

Saturday, January 7, 2012

Keunikan warga emas

Bila menyebut tentang warga emas, pasti otak korang akan terbayang wajah-wajah insan tua yang kian dimamah usia. Tetapi, tahukah korang bahawa terdapat keunikan pada mereka ni..

Contohnya, cuba korang bayangkan situasi ini....
Satu hari aku pergi ke kedai dan terjumpa dengan Pak Salleh (bukan nama sebenar..haha), pastu aku pun tegur lah Pak Salleh tu..............


Ohh Pak Salleh beli 'Colgate' rupanya..
"Tapi, Cik Senah ada gigi ke nak gosok gigi???" (berkata di dalam hati..haha).

Kemudian bila kupandang plastik yang dibawa Pak Salleh, ini yang sebenarnya dibeli....


Erkkkk~~~~~....
Aku jadi musykil. Bila ku pikir-pikir, barulah aku sedar 'orang-orang lama' ni menggunakan bahasa/perkataan yang dah biasa diaorang sebut sejak berpuluh tahun dulu..
Diaorang dah terbiasa sebut 'Colgate' untuk menggambarkan ianya adalah ubat gigi. Korang tunjuk lah apa jenama ubat gigi sekalipun, mesti diaorang akan cakap ia 'Colgate'!..haha
**tapi sebenarnya ada jugak generasi-generasi sekarang yang guna sebutan yang sama..kannn?? termasuk aku =P

Kenapa ia berlaku??
Sebab dari dulu lagi dahh jenama 'Colgate' tu dah sinomim dengan ubat gigi. Dulu takde banyak jenama ubat gigi kat kedai-kedai runcit. memang ada jenama lain, tapi 'Colgate' la yang paling femessss bertahun-tahun.

Daripada pemerhatian aku, banyak lagi sebutan-sebutan yang kebiasaan disebut. Contohnya..

Pam minyak = Shell (kalau orang2 tua jawa kampung aku, diaorang sebut 'shilll'.hehe)
Mee Segera = Megi @ Maggi (ape2 jenama pun tetap dipanggil 'megi')
AisKrim 'Cone' = AisKrim Cornetto (askem bentuk 'cone' jenama murah2 pun dipanggil cornetto)
Marjerin = Planta (kalau nampak roti marjerin, diaorang akan sebut 'roti planta')


Ada jugak sebutan-sebutan tu yang menjadi ikutan kita jugak (tapi tak ramai), tapi orang-orang tua yang aku jumpa, rata-rata  memang macam tu lah yang mereka akan sebut.

Kalau tak percaye,korang beli barang-barang yang sinonim dengan atok nenek korang (beli jenama lain sikit), pastu tunjuk kat diaorang. Tengok apa jawapan diaorang..Selamat mencuba!..hehehehe.











p/s: ada contoh lain tak?? hehe

Wednesday, January 4, 2012

Alat Tulis vs Robot

Masa kecik-kecik dulu, keluarga aku bukannya dari kalangan keluarga orang yang senang.
Jadi, kemahuan aku agak terbatas. Lebih kurang masa darjah 1, aku teringin nak memiliki mainan robot.
kalau nak mintak ayah belikan, comfirm jawapannye "Beli makanan lagi elok"..erkkk~

Oleh hal yang demikian, aku menggunakan daya imaginasi aku untuk cipta permainan aku sendiri..hehe..
Sangat mudah,aku buka pencil box dan aku boleh nampak banyak permainan di situ.
Aku akan bayangkan semua alat-alat tulis aku sebagai bahan permainan.


Hehehehe~...
Dengan cara ini, aku dapat bermain mainan robot macam budak-budak lain main. 
Tak payah aku beli robot kat kedai, cukup sekadar menggunakan daya imaginasi.
Dengan daya imaginasi aku, aku boleh cipta jalan cerita pergaduhan antara robot baik dan robot jahat. 
Pergaduhan antara mereka sangat sengit dan rupa robot jahat memang nampak ganas,
walaupun realitinya..........................




.................hanyalah sebatang pen dan pensil...hahaha.

Bila aku pikir-pikir balik, kreatif jugak aku masa kecik dulu yek?
Siap boleh buat jalan cerita yang lengkap dengan skrip.

Perlawanan antara robot akan berakhir apabila mak aku sergah;
"oitttt.. ko buat ape haaa??"

"errrr..takde ape-ape mak, kemas-kemas pencil box nih"


dan ending nya, mestilah robot baik yang menang! hahaha..











Tuesday, January 3, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...