Sunday, January 29, 2012

Dugaan Pertama Seorang Perantau


Tahun 2012 merupakan satu lagi titk perubahan dalam hidup aku. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia aku tinggalkan untuk mencari sedikit pengalaman bekerja di kota raya..(takdelah kota raya sangat, Cyberjaya je punnn..haha).
Tapi, bagi anak jati Johor ini, inilah pengalaman pertama merantau jauh dari negeri kelahiran, tempat jatuh lagi dikenang. So, aku memulakan perjalanan dari Johor dengan bertemankan kereta Proton Saga buruk kesayangan aku yang telah pun aku beri sedikit sentuhan kosmetik Mitsubishi Fiore, RECARO Fishnet seat dan ‘sunroof’ Honda Prelude supaya kelihatan cantik lagi jelita walapun dimamah usia..hehe


Perjalanan dari Johor dijangka mengambil masa 3 setengah jam. Sebaik sahaja roda bergolek di atas Highway PLUS, aku cuba memecut semahunya sebab aku nak sampai lebih awal. Nak cari tempat kediaman, nak punggah barang, nak rehat……errrr…apa lagi ye?? Entah..Kusut kepala!





Hahaha… Aku rasa, masa kat highway tu,aku lah ‘kereta lama’ yang paling laju di kalangan beberapa ketul kereta-kereta seusia yang terpaksa meredah laluan ‘jiwa kelajuan’ tu bersama beribu-ribu kenderaan moden lagi berkuasa besar yang menggunakan laluan tu. Senyum-senyum je ‘cucuk angin’ kereta-kereta moden dan mewah. Maklumlah,usia kereta aku pun 26 tahun,dapat laju sikit pun jadi la.
Lebih kurang sejam lebih aku memecut, aku dapat rasa yang kelajuan kereta aku dah sampai ke kemuncaknya………….


Hoho…terangkat beb.Serius!! Memang gempak la kan,aku rasa banyak mata yang memandang ke arah aku mase tu. Tetapi sedikit pun tidak menimbulkan rasa riak dalam diri aku sebab……………….











Kereta kesayanganku kecundang jua akhirnya!! 
Betul kata orang, kalau nak belajar hidup merantau ni memang banyak dugaannya..hehe



p/s: terimakasih kepada pakcik PLUS Ronda yang tolong tarik kereta sampai TOL, terimakasih uncle 'Towing Car' dan terimakasih brader2 mekanik yang tolong siapkan enjin kereta aku sampai lewat malam walaupun berat je hati aku nak bayar kos repair tu (nak buat camne, rosak teruk). 

Now, bermulalah hidup YazidTorpedo di perantauan..............................................




16 comments:

  1. comel jer uncle towing car tu, hehe

    ReplyDelete
  2. ahahaha...smlm sy pergi melaka jem.igt apa..rupanyaa xsident..

    ReplyDelete
  3. ala..kete lama mmg tak sesuai bwk pi highway..he..he..

    ReplyDelete
  4. alololo...sweet je pengalaman die..hihi

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. insyaallah! :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha.ingatkan betul la tadi boleh buat wili tu.haha

    ReplyDelete
  7. cess,ingtkan btol2 wheelie td..muahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha.comel je kan yg buat wheelie tu.sekali kne tarik daa .hahaa :P

    ReplyDelete
  9. alolo.. comel je cite ni, kelakar pon ade :)

    ReplyDelete
  10. hahaha... putus urat ketawa aku baca nih

    ReplyDelete
  11. keh keh keh.. siann dieee.. sabor eaaaaaa..

    dugaan2 nak jd perantauu.. :)

    ReplyDelete
  12. uhuhuhu.. atleast.. selamat jugak smpai ke perantauan.. hikhikhik

    ReplyDelete
  13. Hijrah menuju jalan kejayaan. mudah2 berkat usaha dan iringan doa ibubapa pasti berjaya. Moga cekal dan jangan lupa asal usul. saga tu mmg power.

    ReplyDelete
  14. haha...buat aku ketawa jugak ko nyer citer nei....bgus2...terbaik arr...

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...