Hey kawan-kawan..!
Dah beberapa mingu aku tak post tutorial Flash dalam blog ni.
Kalau dalam entri sebelum ni kita belajar tentang Motion Tween, hari ni aku akan tunjukkan pulak macamane nak buat 'Shape Tween'. Sangat mudah.
Check it out!
Step 1 :
Buka perisian Adobe Flash anda dan create new file. Kemudian, select 'Oval Tool' dan cuba hasilkan satu bulatan macam dalam gambar di bawah ni.
*pastikan bulatan tu dihasilkan pada 'frame pertama'
Step 2 :
Okey sekarang klik pada frame 1 tu, kemudian 'right click' mouse dan pilih "Create Shape Tween".
Setelah anda 'Create Shape Tween', anda akan nampak timetine anda bertukar menjadi warna hijau.
Step 3 :
Sekarang kita akan mula animate objek tersebut. Pergi ke frame 40 (tak kisah pun frame berapa sebenarnya..hehe) , kemudian 'right click' mouse dan pilih "Insert Keyframe".
Selepas anda insert keyframe, anda akan nampak dengan lebih jelas timeline anda menjadi warna hijau.
*****Fakta : jika timeline menjadi warna hijau, bermakna objek pada timeline itulah adalah 'Shape Tween', dan jika timeline menjadi warna biru, bermakna objek pada timeline itu adalah "Motion Tween".
Step 4 :
Okey, kita ke step seterusnya. Klik pada frame terakhir (frame 40), dan delete objek bulat yang kita hasilkan tadi.
Objek telah dipadam pada frame 40, dan anda akan lihat garisan lurus pada timeline anda tidak bersambung seperti sebelumnya. Ini bermakna, 'Shape Tween' yang anda hasilkan itu tidak menjadi. Tetapi, sekarang ni anda abaikan sahaja garisan putus-putus tu 9memang itu yang kita mahu). Kita akan pergi ke langkah seterusnya.
Step 5 :
Pastikan anda masih lagi berada di frame terakhir (stage kosong). Sekarang anda pilih 'Rectangle Tool' dan anda lukis pada stage.
**Lebih bagus jika anda lukis pada kedudukan yg berlainan dan warna berlainan berbanding bulatan tadi, supaya anda akan lebih mudah melihat hasilnya.
'Rectangle' dihasilkan pada frame terakhir.
Setelah anda hasilkan 'rectangle, anda akan lihat garisan pada timeline telah bersambung semula. Ini bermakna 'Shape Tween' anda telah SIAP!!!! Oyeahhh....
Tunggu apa lagi??? Tekan "Ctrl + Enter" laaaaa....anda akan lihat bagaimana shape bulat berubah menjadi petak..cool..hehe
** Cuba gerakkan line merah pada timeline tu. Ini contoh objek pada frame ke 19.
Selamat Mencuba!!! =)
Tip : Gunakan kreativiti korang untuk hasilkan shape tween. tak semestinya korang kena guna shape. Korang boleh lukis apa-apa guna 'Brush Tool' sebagai objek.
Terbaik!!
ReplyDeleteJEMPUT SINGGAH ENTRI TERBARU
NEXT TOP BLOGGER 1 EPISOD 4
http://awieomar.blogspot.com/2011/05/next-top-blogger-1-episod-4.html
nak try ..nak try..hehe.
ReplyDeleteda follow sini..jemput singgah blog ye.