Tuesday, February 21, 2012

Draw a Stickman, be creative

Hey! hey!

Korang kreatif..??
Nak tengok hasil conteng-conteng korang automatik menjadi satu animasi??

Inilah masanya!
Ada satu game yang best untuk orang-orang yang kreatif ni..
Serius seronok gila..

Korang tengok nih..


heeeee.. yang kat atas ni aku punya.

Malas nak cakap banyak, korang cuba lah dulu.

Klik sini :


Sape-sape yang tak tersenyum bila main game ni, memang korang tak kreatif laaa...hahaha

BE CREATIVE



p/s: sape yang dah try? apa komen korang?


Sunday, February 12, 2012

Putu BAMBOO

Firstly, sila abaikan tajuk entri di atas yang kelihatan mengarut kerana ia langsung takde kena mengena dengan putu bambu yang dijual oleh Pakcik Kamarulzaman mahupun putu mayam hasil nukilan Uncle Raju..hehe..

Sebab hari ni aku takde cerita-cerita atau kisah-kisah yang mampu membuatkan kamu semua tersengih-sengih sorang-sorang depan komputer (hehehe). Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku menggunakan binatang nih!

Friday, February 10, 2012

Tiga Budak Hitam Bertemu Jin

Pada suatu petang, tiga orang budak hitam Iaitu Acong, Boi dan Zul pergi bermain 'konda-kondi' di tepi hutan. Sedang leka mereka bermain, secara tiba-tiba muncul seekor jin yang sangat menakutkan...(menakutkan ke??? hahaha). 
Jin tersebut berasa gembira kerana bertemu tiga budak hitam tersebut lalu beliau menawarkan sesuatu kepada mereka....




Ketiga-tiga budak hitam terkejut mendengarkan ungkapan si jin. Namun begitu, mereka sedar bahawa hari itu adalah hari bertuah mereka. Setelah berbincang ala-ala Do Re Mi dalam filem Nasib DoReMi, mereka bersetuju bahawa setiap seorang dari mereka akan membuat satu permintaan. 

Maka, Acong memulakan permintaannya..
Beliau mahu 'Menjadi putih!!' dan dengan selamba je jin tersebut memakbulkan permintaan Acong.



Dengan sekelip mata, Acong si budak hitam bertukar menjadi putih. Dua budak hitam yang lain terkesima bercampur teruja melihat akan keputihan serta kegebuan rakan mereka. 
"Oh alangkah jelesnya aku", mungkin itu yang dikatakan oleh mereka barangkali..haha.

Jadi, satu permintaan telah ditunaikan. Sekarang, tibalah giliran Boi membuat permintaan. Disebabkan beliau merasa teruja akan keputihan Acong, beliau pun turut sama meminta untuk menjadi putih. Lantas, si jin pun memakbulkan permintaan Boi.

Tu dia! Lihatlah, betapa gembiranya mereka berdua setelah bertukar menjadi putih.
Terasa sungguh bahagia.
Apabila tiba giliran Zul, beliau pun turut memaklumkan hajat beliau untuk menjadi putih seperti Acong dan Boi. 
Namun begitu..................

Jin menerangkan bahawa permintaan yang sama tidak boleh dilakukan sebanyak 3 kali. Maksimum 2 kali je minta benda yang sama. Maka, punah ranah harapan Zul untuk bertukar menjadi putih seperti Acong dan Boi. Zul terpaksa membuat permintaan lain.

Setelah puas berfikir, Zul pun berkata.........









Akhirnya, begitulah nasib Tiga Budak Hitam yang hitam selamanya....

HAHAHAHAHAHA!!!




p/s: cerita ini hanyalah rekaan sekadar berjenaka semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.




Tuesday, February 7, 2012

Bertukar menjadi 'Alien'







 "Bekerja melebihi had keupayaan diri akan membuatkan kita hilang kawalan tubuh badan. Pandang cermin nampak Alien.Pandang sekali lagi, nampak Alien lagi! hahaha... Jadi, rehatlah secukupnya! Bekerja kuat sangat bukan boleh jadi kaya dengan cepat pun."

-pesanan untuk diri sendiri-



Thursday, February 2, 2012

Tutorial Flash : fungsi "Shape Tween"

Hey kawan-kawan..!
Dah beberapa mingu aku tak post tutorial Flash dalam blog ni.
Kalau dalam entri sebelum ni kita belajar tentang Motion Tween, hari ni aku akan tunjukkan pulak macamane nak buat 'Shape Tween'. Sangat mudah.

Check it out!

Step 1 : 

Buka perisian Adobe Flash anda dan create new file. Kemudian, select 'Oval Tool' dan cuba hasilkan satu bulatan macam dalam gambar di bawah ni.

*pastikan bulatan tu dihasilkan pada 'frame pertama'

Step 2 : 

Okey sekarang klik pada frame 1 tu, kemudian 'right click' mouse dan pilih "Create Shape Tween".

Setelah anda 'Create Shape Tween', anda akan nampak timetine anda bertukar menjadi warna hijau.

Step 3 : 

Sekarang kita akan mula animate objek tersebut. Pergi ke frame 40 (tak kisah pun frame berapa sebenarnya..hehe) , kemudian 'right click' mouse dan pilih "Insert Keyframe". 
Selepas anda insert keyframe, anda akan nampak dengan lebih jelas timeline anda menjadi warna hijau.


*****Fakta : jika timeline menjadi warna hijau, bermakna objek pada timeline itulah adalah 'Shape Tween', dan jika timeline menjadi warna biru, bermakna objek pada timeline itu adalah "Motion Tween".

Step 4 :

Okey, kita ke step seterusnya. Klik pada frame terakhir (frame 40), dan delete objek bulat yang kita hasilkan tadi.


Objek telah dipadam pada frame 40, dan anda akan lihat garisan lurus pada timeline anda tidak bersambung seperti sebelumnya. Ini bermakna, 'Shape Tween' yang anda hasilkan itu tidak menjadi. Tetapi, sekarang ni anda abaikan sahaja garisan putus-putus tu 9memang itu yang kita mahu). Kita akan pergi ke langkah seterusnya.

Step 5 :

Pastikan anda masih lagi berada di frame terakhir (stage kosong). Sekarang anda pilih 'Rectangle Tool' dan anda lukis pada stage.
**Lebih bagus jika anda lukis pada kedudukan yg berlainan dan warna berlainan berbanding bulatan tadi, supaya anda akan lebih mudah melihat hasilnya.

'Rectangle' dihasilkan pada frame terakhir.

Setelah anda hasilkan 'rectangle, anda akan lihat garisan pada timeline telah bersambung semula. Ini bermakna 'Shape Tween' anda telah SIAP!!!! Oyeahhh....

Tunggu apa lagi??? Tekan "Ctrl + Enter" laaaaa....anda akan lihat bagaimana shape bulat berubah menjadi petak..cool..hehe

** Cuba gerakkan line merah pada timeline tu. Ini contoh objek pada frame ke 19.

Selamat Mencuba!!! =)


Tip : Gunakan kreativiti korang untuk hasilkan shape tween. tak semestinya korang kena guna shape. Korang boleh lukis apa-apa guna 'Brush Tool' sebagai objek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...