Wednesday, November 21, 2012

Buah Nona

Korang tahu apa itu buah Nona..? Pernah jumpe? Pernah makan?
Kalau tak pernah jumpe, korang belum boleh dikira sebagai pencinta buah-buahan tempatan....hehe.
Dan aku klasifikasikan (wahhh ayat kau) buah ni sebagai buah yang rare, sebab susah nak nampak orang jual kat tepi jalan..aihhh~

     "BUAH NONA (Annona squamosa) atau BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya. Nama botani buah Nona adalah Annona squamosa dari Keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Beberapa rujukan menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun diusahakan di banyak negara termasuk kawasan Aia Tenggara dan seluruh kawasan tropika.Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

     Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte)dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak."


Bagi aku, sedaplah rasa buah ni, ala-ala durian belanda kot rasanya..kot laa.hehhh!
Then, masa kecik-kecik dulu aku selalu dengar lagu "Rasa Sayang", di mana ada sebutan NONA dalam lirik lagu tu..

Bila dengar lagu tu, aku jadi hairan kenapa watak dalam video tu seorang perempuan dan bukannye buah nona!
Dan 2 perkara bermain dalam imaginasi aku iaitu "penyanyi tu sayangkan buah nona" atau "muka perempuan cantik tu macam sebiji buah nona"...hahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...