Sunday, August 26, 2012

Orang dulu-dulu bertemu jodoh

Selamat Hari Raya! ya kita masih lagi dalam suasana raya. Okey, pernah tak korang tahu tentang kisah mak ayah korang sebelum diaorang kawen suatu ketika dulu? korang tahu camne mereka dijodohkan? Tak tahu? Pi la tanye, bengong! hehehe.. gurau aje..

Okey hari ni aku akan pecah rahsia tentang camne mak ayah aku bertemu jodoh suatu ketika dulu. Actually masa pergi beraya tempohari baru mak cerita secara terperinci kisah ni. Diaorang dulu tak bercinta sebelum kawen pun sebab mereka dijodohkan oleh orang tua.(kalau diaorang bercinta awal-awal memang tak logik sebab mak aku jenis pemalu, ayah aku pulak dulu muke cam gengster..haha).

Kisah ni bermula kira-kira 27 tahun yang lalu. Ini kisah tahun 80an ni. Orang yang memulakan agenda ini adalah atok saudara aku (Hj. Mustarom namanya). Dialah dalang disebalik semua ini! haha... Atok saudara aku ni kira saudara rapat dengan family sebelah mak aku dan dalam masa yang sama family atok saudara aku ni jugak ada hubungan saudara rapat jugak dengan family sebelah ayah aku. (kire si suami bersaudara dgn family mak aku, si isteri bersaudara dengan family ayah aku, camtulah kirenya). 

Family mak aku dulu orang susah. Suatu hari mak aku (time ni masih anak dara lagi) pergi menoreh getah seperti biasa untuk menolong atok aku. Tengah syok-syok menoreh tu tiba-tiba datang 3 orang perempuan berpakaian lawa kononnya datang nak petik pucuk ubi. Mak aku pun hairan,

 "Aik apehal ni pakai cantik-cantik tapi pergi semak samun petik pucuk ubi??".

Mereka bertiga buat selamba je petik pucuk ubi. Takde pun tegur-tegur mak aku. Jadi, perlakuan mereka tu dirasakan aneh dan macam ada sesuatu yang tak kena.



Tanpa disedari mak aku, 3 orang perempuan tadi sebenarnya sedang memerhatikan dia. Mungkin dengan cara menghendap-hendap ala-ala cerita melayu tahun 60-an tuuuu..haha



Tak lama lepas peristiwa tu, keluarga sebelah ayah aku datang merisik. Time tulah mak aku sedar rupanya 3 perempuan ala-ala 3 dara pingitan yang dulu dok menghendap konon-konon pergi petik pucuk ubi tu ialah keluarga bakal mentua yang saje datang nak jenguk2 bakal menantu...hahahaha..Yang sorang tu nenek aku (mak kepada ayah), yang sorang tu buyut (kira 'moyang' aku la) dan sorang lagi tu nenek saudara aku.. Atok saudara aku la ni yang kasi pecah lubang bagitau kat mane mak aku menoreh getah... hehe


Maka, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak pun menjodohkan mak dan ayah aku.....Kalau tak silap, selama tempoh bertunang, ayah cuma pernah bawak mak keluar sekali je pi jenkalan kt zoo! hahaha...So sweet uuollllss...............

Begitulah kisahnye. Now, bila pergi beraya ke rumah atok saudara tu, mak akan cakap "Itulah orang yang temukan mak dengan ayah kau ni..".. 

Kesimpulannya, sesungguhnya jodoh dari pilihan orang tua itu banyak hikmahnya. Mereka tahu yang mana terbaik untuk anak-anak mereka. Cuma orang zaman sekarang dah tak mau pakai cara yang dianggap kuno itu. Cara lapuk katanya. Masing-masing cari jodoh sendiri, hinggakan 'kriteria-kriteria menantu pilihan" ditolak tepi. Elok atau tak pada pandangan mata mak bapak, itu belakang cerita.. Chenntaaa punye pasal.....hoho.

**Kepada yang tak tahu camne jodoh mak ayah korang, eloklah bertanya kepada mereka selagi mereka masih hidup. Sekurang-kurangnya kita tahu sejarah yang berlaku dan asal usul lahirnya diri kita di dunia ni.. Korang yg tau kisah pertemuan mak ayah korang tu, share la kat sini..ce cite..

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya


Heyyy korang! hoho.. lama sudah tak meng'update blog nih.. Aku buzy wehh, banyak kerja nak kerja buat. Takde masa nak melukis-melukis macam selalu.. Time idea datang jer, aku terpaksa ignore.. jangan marah naaaa, nanti ada masa aku  kongsikan cerita-cerita yang lazat lagi lemak berkrim. So, sempena datangnya hari raya beberapa hari lagi ni, aku mohon maaf zahir dan batin kalau ada tersalah silap kat sapa-sapa jelah. kalau memang ada salah ke, tak puas hati ke, ade hutang ke, bagitau lah kat ruangan komen nih. Nanti aku follow up.

By the way, no cartoon for today. But I've made a simple video for Hari Raya.. enjoy it! tengkiuuuu.. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...