Monday, May 7, 2012

Permainan "Chapteh"


Ya, pernah tak korang main permainan 'chapteh' @ 'capteh' ni?? 
Ni lah permainan kegemaran aku masa kecik-kecik dulu.
Serius best. haha
okeh, permainan ni dikatakan berasal dari China   (dipanggil sebagai Jiànzi (毽子)) pada abad ke-5 dan ia popular di negara-negara asia yang lain. Kemudian permainan ni dibawa ke Eropah pada 1936 menerusi satu permainan pertunjukan di Sukan Olimpik musim panas 1936 di Berlin, Jerman.
Kat bawah ni nama-nama panggilan permainan ni di beberapa negara :


  • USA - kikbo
  • Vietnam - đá cầu
  • Malaysia -  chapteh or capteh or sepak bulu ayam
  • Singapore (and SE Asia) - chapteh or capteh or chatek
  • Japan - Kebane (蹴羽根)
  • Korea - jegichagi or jeigi (to most Koreans known as sports only for children)
  • Indonesia - bola bulu tangkis or sepak kenchi
  • Philippines - larong sipa
  • Macau - chiquia
  • India - poona (forerunner of badminton) (unknown to most Indians)
  • Greece - Podopterisi
  • France - da câu or plumfoot or pili
  • Poland - zośka
  • The Netherlands - "Voetpluim" or "voet pluim" or "Jianzi"



Dah-dah, malas aku nak cerita panjang-panjang pasal sejarah, korang boleh tanye Pakcik Google nanti ye..kehkehkeh..
Kita beralih kepada cara permainannya. Ia dimainkan dalam 'court', dan cara permainannya lebih kurang macam Sepak Takraw la. Boleh main timang-timang bulu tuu..huhu..Dalam erti kata lain, kalau korang kaki bangku, besar kemungkinan korang takkan pandai main permainan ni.

Tapi, sekarang ni jarang pulak aku nampak orang main chapteh ni. Tak tau kenapa, takkan dah pupus kot..?
Masa kecik-kecik dlu, aku buat sendiri jer bola tu (bola ke?? tak macam bola pun! hahaha)
Senang je nak buat chapteh ni.



See?
Inilah barang-barang yang aku perlukan masa aku nak buat chapteh ni masa kecik-kecik dulu.
Mula-mula ambil paku tu (paku kecik je tau! ia juga berfungsi sebagai pemberat), cucuk kat tengah-tengah kepingan getah. Lepas tu ambil bulu ayam tu semua, susun sekeliling paku kecil yg dah menembusi kepingan getah tu. Last sekali, balutkan pita pelekat di pangkal bulu ayam tu.
Korang faham ke tak ni? lantak korang la kalau tak faham..hehehe

babaiiiiiiiiiiiiiiiii.....














p/s: bila lah nak dapat main chapteh ni lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...