Wednesday, May 4, 2011

Jom Conteng

Sempena tahun pertama blog contengconteng, dengan gembiranya Incik ContengConteng ingin mengajak kita semua untuk berkongsi cerita masing-masing dalam peraduan pertama blog contengconteng! hehe..



Dan aku memang ada cerita yang ingin dikongsi..Kalau dalam Siri "Aku ingat lagi" ni, dia gunakan duit saku untuk beli bola ping pong kat sekolah. So, kali ni aku akan cerita pulak apa yang aku biasa beli dengan duit saku aku masa kat sekolah dulu..
Ceritanya bermula begini..........



Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor....Tempat aku bersekolah dari tahun 1995-2000. Masa aku darjah 4, ayah bagi duit belanja 50sen.
So, biasanya aku telah gunakan duit tersebut untuk 'menabung' di kantin sekolah! hahaha
Ya, waktu rehat adalah masa yang ditunggu-tunggu.



Ketika waktu rehat lah masanya aku melaksanakan apa yang sepatutnya aku buat iaitu membeli..........

jeng..jeng..jeng..


hehe..superb! inilah dia, MeeSup..Menu ni lah yang paling popular di kalangan rakan-rakan seangkatan dengan aku masa sekolah dulu. Kenapa ia popular?? sebab inilah makanan paling murah+mengenyangkan yang boleh kami beli. Kalau nk beli gula-gula, ais krim atau kacang, comfirm la tak kenyang. Mee Sup ni murah je..betul.. tengok nih..
haaa..hehehe..50sen je, memang ngam-ngam je dengan budget aku. Sebelum makan, letak sambal kicap banyak-banyak dalam mee sup tu (sampai hitam kuah sup tu..haha)...hohoh,betul-betul how liow~

** tak sah lah orang Johor kalau tak makan sup letak sambal kicap..hehe

Masa makan tu, memang kasi licin punye (rugi bayar 50sen kalau tk abiskan). Sampai kuah sup tu aku hirup terus dah macam minum air.....

Nampak macam gelojoh je kan bila hirup macam tu..?( eleh biasalah, nama pun budak-budak) Tapi itulah part yg paling best..paling nikmat.. 

"Sehinggalah pada suatu hari, ketika aku sedang menikmati hirupan yang terakhir, tiba- tiba........"



........*speechless*........dah hirup kuah yang penghabisan pulak tuh............=.="

..TAMAT..




Soalan-Soalan Dari ContengConteng:

Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
-lukisan yang cntik, idea yng kreatif, pengolahan cerita yang menarik
 Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
 perbaiki header, perbanyakkan cerita, perkemas layout.
Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? 
T-Shirt, Key-Chain, Cap 

p/s: sape kata malang tak berbau?? malang berbau mee sup tau! hahaha...."Malang memang Berbau"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...