Wednesday, November 21, 2012

Buah Nona

Korang tahu apa itu buah Nona..? Pernah jumpe? Pernah makan?
Kalau tak pernah jumpe, korang belum boleh dikira sebagai pencinta buah-buahan tempatan....hehe.
Dan aku klasifikasikan (wahhh ayat kau) buah ni sebagai buah yang rare, sebab susah nak nampak orang jual kat tepi jalan..aihhh~

     "BUAH NONA (Annona squamosa) atau BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya. Nama botani buah Nona adalah Annona squamosa dari Keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Beberapa rujukan menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun diusahakan di banyak negara termasuk kawasan Aia Tenggara dan seluruh kawasan tropika.Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

     Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte)dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak."


Bagi aku, sedaplah rasa buah ni, ala-ala durian belanda kot rasanya..kot laa.hehhh!
Then, masa kecik-kecik dulu aku selalu dengar lagu "Rasa Sayang", di mana ada sebutan NONA dalam lirik lagu tu..

Bila dengar lagu tu, aku jadi hairan kenapa watak dalam video tu seorang perempuan dan bukannye buah nona!
Dan 2 perkara bermain dalam imaginasi aku iaitu "penyanyi tu sayangkan buah nona" atau "muka perempuan cantik tu macam sebiji buah nona"...hahaha




12 comments:

  1. sedap buah nona..tp bapak aku takde tanam.. yg ade jiran je..

    setiap kali berbuah, aku nk tolong belek buah tu dah masak ke belum.. haha..

    ReplyDelete
  2. gua rasa dia sayang sama nona koz nona tu shabat karib dia haha..by the way,gua xnah mkn lg buah nona..sedap ke?

    ReplyDelete
  3. ooo... ni buah nona... rasa mcm pnh jumpe... tp nombo tpon ke fb die cam xsempat mintak.. kakak die dh xberapa lawa sbb dh berumur ckit... buah nyonya nama dia.. :p

    p/s: header ko tlh membuang masa aku... dok main goncang2 huruf lak kat situ... hehehehehe

    ReplyDelete
  4. MissSenget : Kalau dah masak bagitau aku ye! haha

    ct : sedap! =)

    alongXP : hahaha..sengal btl abg long nih.. buah nyonya tu macamane..ade sample gambar?? haha

    ReplyDelete
  5. bahahaha...adeh.x pkr plak sampai ke situ.XD

    ReplyDelete
  6. rancangan wanita di tv3 iaitu NONA diambil sempena nama buah ni sebenarnya:) hehe

    bro, nanti aku buat kartun pasal air hitam..tungguu

    ReplyDelete
  7. dari dulu slalu tengok buah nona kat umah nyonya blkg skola dulu. pastu asik tgok je, nak makan mcm ngeri rasa coz rupa die tu. tp pastu dok tringin nak makan sampai hari ni tak dpt2 lg.... sedapkah? sapa ada bak mai ckit... hihi

    ReplyDelete
  8. ouch... leeza sendiri pun mcm tak kenal pun buah ni.. nona nona nona.

    ReplyDelete
  9. pernah dengar n tengok gmbr je. tak pernah sentuh mahupun rasa lg stakat ni

    ReplyDelete
  10. singgah lagi di sini...
    **cuma nak maklumkan sahaja, andai kata awk ada masukkan blog sy dlm bloglist, mohon semak erk sama ada boleh view atau tak. kalau tak boleh, mohon update link, sbb saya baru tukar kpd domain sndiri. pesanan ni diberi sebab blog awk ada dlm bloglist saya. he he he
    Saya mohon maaf di atas segala kesulitan.

    ReplyDelete
  11. sedap kot... kalau tengah makan. payah berhenti.

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...