Wednesday, October 17, 2012

Bengkel Asas Flash!

Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan ceritakan tentang sebuah program yang aku sertai kira-kira 2 minggu yg lalu iaitu Bengkel Asas Flash yang dianjurkan team kami iaitu EmptyBox Production. Dan aku menyertai program tersebut bukanlah sebagai peserta tetapi buat julung-julang kalinya aku menjadi pengajar/fasilitator untuk program sebegini. Segala persiapan dilakukan oleh ahli2 group EmptyBox sendiri yang terdiri daripada 4 orang, dengan kerjasama NBZ selaku penganjur bersama. Aku rase best gile laa  sebab sambutan sangat-sangat menggalakkan daripada student2. Bermakna, ramai sbenarnya orang yang berminat untuk menceburi bidang multimedia nih.

Program selama 2 hari ini disertai lebih kurang 26 orang pelajar UTHM,tak kira pelajar junior atau pun senior. Kekosongan pun terhad, so sape cepat dia dapat lah join program ni.hohoho..
So, dalam program ni, kami mengajar mereka asas-asas penggunaan perisian Adobe Flash dan asas-asas animasi. Antaranya adalah asas membangunkan karakter, fungsi motion tween, motion guide, motion shape, penggunaan interaktif button, fungsi movie clip, mencipta aplikasi 'scene by scene', sound, actionscript 3.0 dan ape lagi tahhhh..hahahaha  (kena rujuk modul). Masa hari pertama program, masih ramai yang tak tau menggunakan Flash dan tak dapat menggambarkan bagaimana untuk membuat karakter atau animasi dengan Flash. Jadi, kami mengajar mereka satu persatu asas-asas dalam pembelajaran dan output daripada program ni, aku nampak ramai yang boleh menjadi hebat dalam Flash jika mereka mengasah lagi bakat-bakat mereka. Tahniah!
Now, kita layan gambar kejap.... 

















Akhir sekali, aku nak ucapkan terimakasih kepada semua peserta yang join program ni (ada di antara diaorang yg memang follow blog ni..kot..haha). So, sape2 yang join tu memang bertuah lah, sebab dalam masa 2 hari je, korang dah dapat blajar macam2 fungsi dalam Flash ni. Kire beruntung weh korang, aku ni 6 tahun wehh blaja Flash, baru lah pandai sikit2, tu pun banyak explore sendiri. 
Dan kepada team EmptyBox Production (roy, wan,zul), korang memang superb! Tak lupa juga kepada En.Luqman Al Hakim yang banyak yang support kitaorang.
Ohh, dan terimakasih juga kepada pihak FSKTM, UTHM yg membenarkan kami menggunakan makmal komputer. 
Caloooo~

13 comments:

  1. EH, ada gambarkita laa...heeeee. :D

    Btw memang seronok pun bengkel haritu. Tak rasa pressure pun buat benda alah tu. Seronok belajar Flash! Thanks semua yang organize bengkel tu. Lain hari rajin2 buat la lagi ^__^

    ReplyDelete
  2. tahniah..x bg th pon ada claz..=-= nk belajar gak

    ReplyDelete
  3. Emi : hehe.. terimakasih... memang akan datang ada lagi sambungan bengkel flash ni =)

    Merahitujambu : serius nak join?? huhu

    Leeza : best woo pakai apple.. =P

    Kawai DYSHA : ada..cari saya dalam fanpage kat FB =)

    ReplyDelete
  4. bestnyer nampak.bile la boleh belajar huhu.ad modul tak.hehe

    ReplyDelete
  5. FH : ofcos ada modul yang dibuat sendiri oleh ahli2 team kami =)

    ReplyDelete
  6. belajar flash drpd senior hebat tu. kita ikut drpd tutorial dia je. jelesh2. hikhik~

    nanti blh kutip ilmu lakonan lak drpd dia. =P

    ReplyDelete
  7. wah bestnya.. ada blogger hebat2 lah.. bestnya .. nk join gak.. huhu

    ReplyDelete
  8. hoyeeh..tahniah!..flash memang best.. :)

    ReplyDelete
  9. Huhu. Best dan ungtungnya depa semua.. huhu.. Kat mana ni? nak join gak ><

    ReplyDelete
  10. Followed this blog sebab best sangat entry2nye! :D

    ReplyDelete
  11. wey tak aci laa.. nak jugak blajar..
    aritu ada xplore2 sndiri tp dh lupa sbb tak guna -_-

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...