Thursday, July 12, 2012

Bila kita terlanggar ular

Heyy yo... Ini entri pertama aku sepanjang Julai ni. Untuk pengetahuan korang, dah 2 minggu aku balik ke Johor semula. Cyberjaya telah pun ditinggalkan. Sekarang, tiba masa untuk bersama-sama kawan-kawan lama di rumah sewa terdahulu. Terasa janggal. Tiada lagi kesesakan kehidupan di bandar, tiada lagi kepayahan mencari tempat parking dan tiada lagi air sirap ais berharga RM1.80... LOL!

Kini, aku menjalani rutin seperti dahulu...........



Seperti biasa, aku dah Roy (bukan nama sebenar..hahaha) akan pergi melepak di kedai mamak utk bergossip, bercerita tentang hala tuju hidup dan merepek!
Kebetulan pulak motor aku masih lagi di kampung, takkan nak pergi kedai mamak yang dekat tu pun naik kereta kan. So, kami pun bonceng berdua menaiki motor Roy.
Untuk ke sana, kami melalui 'jalan belakang', di mana perlu melalui kawasan taman perumahan.
Lepas je kawasan perumahan tu, ada 1 belukar. Kiranya gelap la kawasan tu.
Daripada jauh, kami nampak sesuatu.........



Ahaaaa... ada sesuatu di kawasan gelap tu. Nampak panjang, tapi tak jelas apa bendanya tu.
Mungkin cuma pelepah pokok kelapa atau pun dahan pokok jatuh tengah jalan.
Bila dah dekat (kira-kira setengah meter je jarak objek tu), baru lah kitaorang nampak apa makhluk tersebut...


Tu diaaaa.... Ular sawa melintang kat tengah jalan!! Besar gile kauuuu... adalah sebesar peha korang (cuba check peha korang..haha).
Masa tu dah tak pikir ape dah, kelam kabut punye pasal, si Roy terus pulas throttle motor. Langsung takde brek (padahal memang brek motor dia rosak). Bermakna, kami nekad terus langgar je ular tu. Ketika tengah langgar tu, boleh rasa woo sebesar ular tu dan tiba-tiba ia bergerak. Lepas kitaorang langgar, aku sempat toleh belakang. Aku cuma nampak ular tu macam menggelupur (sebab terkejut kot) ala-ala cerita filem Anaconda..hohoho... Dengan saiz ular tu yang besar, aku rasa takde efek ape tu bila ia kena langgar dengan kitaorang. Mungkin luka pun tak, jauh sekali la nak penyekkk..
Tapi seram jugak lah bila difikirkan balik, kalau dibuatnya masa langgar tu tayar motor tersangkut, mau dibelitnya kaki kitaorang..haha

Bila parking je motor kat kedai mamak, badan kitaorang terus jadi camni...


Hahahaha..masing-masing dah macam sotong. Terasa seram bercampur geli, sebab masa langgar tu kitaorang boleh rasa camne ular yang besar tu bergerak sebab terkejut.

hahahaah...eeeeeeee...geli!!



p/s : serius ular tu memang besar,kalau jual boleh jadi kaya sekejap.



18 comments:

  1. ahahahaha, bahaya btol la korg ni.. laen kali bagi la ular tuh melintas dulu... x bertimbang rasa langsung...keh3...

    ReplyDelete
  2. nasib baik dia x telan korg..erkkk..XD

    ReplyDelete
  3. comel jer badan geli geli tu, haha!

    ReplyDelete
  4. haha... main langgar je.. nasib baik lepas

    ReplyDelete
  5. kalau leeza terlanggar. leeza geli juga.

    ReplyDelete
  6. kesian ular tu. sakit kot kena lenyek badan dia.. tu yg dia menggelupur. nasib baik dia x kejar korang.

    org kat kedai mamak tu mesti ingat korang tgh menari kan?

    ReplyDelete
  7. wahhh....agak berbahaya la...basuh tak tayar tu balik? errr.... :P

    ReplyDelete
  8. wohoo.. langgar ular.... heehh bahaya wey.. sib baek x golek golek... lagi geli kalu gitu... hhehhehe... hati hati wey lain kali...

    ReplyDelete
  9. sengih sendiri baca entry. comel jer drawing tu..hehe, nak2 part geli :)

    thanx singgah ke blog naz

    ReplyDelete
  10. hahah gila brani langgar ular tu

    ReplyDelete
  11. huhu. pernah gak terlanggar ular time bawak keta dulu2. rasa bedebar2. entah2 dah penyet ular time tu...

    ReplyDelete
  12. haha. aku yang baca ni pun badan jadi macam sotong tau tak? eiiii... geliiiii

    ReplyDelete
  13. errr..beraninye kome langgar. kalau shu da uturn balik. muehehe


    # shu bt gne gif je. x pandai gne flash ^^

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...