Sunday, December 25, 2011

Blangkon itu "Songkok Jawa"

Hai semua!
Hari ini saya ada satu topik yang agak menarik iaitu Blangkon.
Tahukah korang apa itu Blangkon?? 

"Blangkon adalah penutup kepala yang digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Blangkon sebenarnya bentuk ikatan yang menjadi tutup kepala yang dibuat dari batik. Tidak ada catatan sejarah yang dapat menjelaskan asal permulaan lelaki jawa memakai ikat kepala atau penutup kepala ini."

Begitulah serba sedikit definisi Blangkon..dulu saya panggil Blangkon ni 'Songkok Jawa'...hehe... Sebenarnya Blangkon ini dihasilkan daripada sehelai kain batik yang diikat dengan cara tersendiri, menggunakan kain berukuran 105cm x 105cm.
Sejak kecil saya berminat untuk memiliki Blangkon ini, dan akhirnya hajat itu tercapai apabila saya menjejakkan kaki ke bumi Indonesia..banyak blangkon aku beli..hehe. Hasil daripada trip tersebut dan maklumat dari teman-teman Indonesia, dapat lah saya mengkaji serba sedikit tentang jenis-jenis Blangkon ini.
Terdapat beberapa style atau gaya penghasilan Blangkon. Yang pertama adalah.......

Ini adalah Blangkon gaya Jogja (Jogyakarta). Seperti namanya, ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya Jogja ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut. Cantik!
Jenis yang kedua adalah........


Blangkon gaya Solo (Surakarta) ini pula dipopularkan oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya Solo ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek.
Seterusnya ialah.......


Ya! Ini adalah style kegemaran saya, gaya Sunnan Kalijaga (sebahagian orang mengatakan ia gaya Demak). Mengikut kata teman-teman saya, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalangan Walisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Korang pernah dengar pasal Walisongo kan? pergi cari kat Google! hehe.
Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.Style beb!
Seterusnya dan terakhir ialah.........


Blangkon gaya Sunda. Ini juga adalah salah satu gaya kegemaran saya. Untuk pengetahuan korang, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa. Berbeza dengan gaya-gaya Blangkon yang telah saya nyatakan di atas, gaya ini mempunyai keistimewaan pada bahagian depannya, korang boleh nampak ade hujung kain yang terjuntai di dahi. Bahagian belakangnya pula hanya permukaan rata sahaja. Cool!

Begitulah serba sedikit penerangan tentang Blangkon atau "Songkok Jawa" ini. Tidak lengkap rasanya menjadi keturunan jawa jika tidak memiliki salah satu seni warisan yang unik ini.
Bye- bye =)




p/s: credit to my Indonesian friends Ikhmatiar (Jawa Surabaya), Pak Bana (Jawa Solo) and Deni (Sunda).Kepada Deni, terimakasih kerana hadiahkan Blangkon Sunda kepada saya! Nanti saya belanja kamu makan mee bandung Muar! hehe

10 comments:

  1. ahakk ! okay dia sudehh update blangkon dia . ahakk

    p/s : berkenan blngkon yang awak pakai mase malam gath tuh tats y saya main-2 . ahahah =p

    ReplyDelete
  2. wah, manrik2, nak gi endonesia lah lps ni, ^^,

    ReplyDelete
  3. owhhhhhhhhhhhhhh..ade beza rupanya.. yg aku tau yg ko pakai malam tu jer..errr..tu pun tak perasan yg jenis mane

    ReplyDelete
  4. nicelah blangkon tu. even niena ada darah indonesia pun tak penah lagi jejak kat situ. btw, nampak comel sangat style blangkon tu.

    ReplyDelete
  5. memang kena ngan post baru aku ni jom layan http://paliez.blogspot.com/2011/12/real-jawapop.html

    ReplyDelete
  6. serius ko cute gila pakai blangkon aritu. wahahah!
    nice info!

    ReplyDelete
  7. amboi mcm2 pesen blangkon hah.haha baru twu.pngetahuan am ni.hee thx fr share:)

    ReplyDelete
  8. owh..patutlah dah berubah style, ingatkan dah berjaya pikat rossa...haha

    ReplyDelete
  9. blangkon dibuat saat krisis ekonomi akibat perang. saat itu kain menjadi barang yang sulit didapat. kemudian petinggi Keraton meminta abdi dalem keraton untuk membuat ikat kepala permanen yang dikemudian hari disebut blangkon

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...