Wednesday, January 19, 2011

Surat untuk Isteriku

Yazid bin Torpedo
no. 23, Jalan LImau 11,
Taman Bintang Parit Raja,

83600, Batu Pahat.
Johor.

Juliana Gagah binti Perkasa
no. 2, Jalan Limau Bali
83500, Batu Pahat
Johor

19 Januari 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN
-----------------------------------------------------------

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Harena Afeefa binti Nordin yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"
BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA" 1MALAYSIA!!!

Yang Ikhlas Memohon,
SAYANG MU..







p/s: agak-agak permohonan ni diluluskan tak??hehehehehe=p



26 comments:

  1. aku ase permohonan ni akan diterima tau.....
    aku support permohonan ko ni...
    hahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. sorry sy punye da penuh. 4-4 kekosongan penuh dah : )

    ReplyDelete
  3. haha klu diluluskan mmg bertuah abesla.. huhu~

    ReplyDelete
  4. xgentle la gune surat..
    try tnye direct..
    he3..

    ReplyDelete
  5. tak diluluskan.. hahahah..

    kalau dapat kat aii surat cam ni..
    aii suruh dia makan surat tu balik.. hehehe..

    gila ganas!!=p

    ReplyDelete
  6. cis.!
    kalau husband sy bg surat tu, c0mfirm sy mintak cerai.. ha3..

    ReplyDelete
  7. yazid:

    kalau saya trima srat ni,,saya akan luluskan sebnyak 10 x dan saya akan try usulkan kepada perdana menteri untu diperiksa...hehehhe

    ReplyDelete
  8. ahhhhhhhh..xde mkne nye kalau bunyi surat permohonan tu mcm ni....
    sepatutnye lebih ringkas...
    "KERANA MLM TD SY BERMIMPI AWK DPT PAYUNG EMAS, JD ADALAH LEBIH BAIK KLU SY PERGI BELI SEKARANG"
    kahkahaakahakahakahak....

    ReplyDelete
  9. what the..

    surat ini akan dikoyakkan.

    ReplyDelete
  10. hahaha..ayat last tu " setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya."..kan nak share sgt...asal nak sorang2 lak??haha..
    pelangkung suami macam ni..! :P

    ReplyDelete
  11. kalau fyd yg dpt surt ni mmg terus koyak la nmpk gayanya..:P

    ReplyDelete
  12. perghhh !

    memang kena bakor le !

    ReplyDelete
  13. haha.. mau terbang pinggan mangkuk ni..

    ReplyDelete
  14. pergh!kalaw laki aku,da lama makan jurus smackdown

    ReplyDelete
  15. haha...xley blah bg surt mcm nie....hrp maaf sile cuba lagi...muahaha

    ReplyDelete
  16. UIkss.. huhuhuhuhu... biar jadi 1000 pages baru ditrima laaaa... Huhuhuhu

    ReplyDelete

Tulis je ape yang korang nk tulis.
Jangan malu-malu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...