Tak mau gadoh-gadoh aaaa.... kita semua sama sajaa.. hehe
Tuesday, January 3, 2012
Saturday, December 31, 2011
Azam dan Impian Tahun Baru
Haiii........... ini adalah entri terakhir tahun 2011.
So, hari ini kita akan cerita mengenai "Azam dan impian Tahun Baru".
Tahun 1999, impian aku pada tahun hadapannya ialah untuk mendapatkan......
Hahaha! Seriusss.. aku teringin nak beli Digimon nih. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku tak pernah memiliki 'menatang' nih... haishhh =.="
Then tahun 2004, azam dan impian aku cuma nak beli.........
Dan tahun 2005, impian tu tercapai..hahaha (ketawa bongkak) =P
Aku beli jugak kasut Jack Purcell tuh. (masa tu harganya rm89.90..kot).
Tapi sekarang kasut ni dah takde dah, dah bagi kat orang.
Then sekarang ni dah tahun 2011. Tak tahu la apa azam dan impian aku untuk tahun 2012 (Seriously, tak pikir lagi).
Tapi apa yang aku tahu, tahun 2012 lahh aku perlu.....
wuuwuwuwuw~ Haishhh~
*** cerita di atas hanya sebahagian sahaja daripada impian dan azam aku suatu ketika dulu, iaitu sewaktu aku kanak-kanak dan menjangkau usia remaja. Sekarang?? Masih remaja lagi kot..hehehehe...
Selamat Tahun Baru 2012!
Friday, December 30, 2011
Tutorial Flash : Actionscript Part 1 - Fullscreen
Apa itu Actionscript?
Bagi anda-anda yang selalu menggunakan perisian Adobe Flash, pasti anda biasa mendengar istilah "Actionscript" kan?. Actionscript adalah siri pengkodan (coding) dalam membangunkan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan flash, contohnya menghasilkan website banner, CD interaktif, mobile application, games dan sebagainya. Dan biasanya actionscript digunakan apabila kita menghasilkan aplikasi flash yang menggunakan 'timeline'.(rujuk entri ini untuk mengetahui apa itu timeline)
Jadi,pada hari ini saya akan memberikan 1 contoh actionscript asas yang lazimnya digunakan dalam menghasilkan suatu aplikasi Flash. Saya juga akan menunjukkan bagaimana untuk menggunakannya.
Fungsi 'Fullscreen' ini adalah bertujuan untuk memaparkan aplikasi flash anda secara penuh di atas skrin komputer anda apabila aplikasi Flash dimainkan.

Fullscreen
Fungsi 'Fullscreen' ini adalah bertujuan untuk memaparkan aplikasi flash anda secara penuh di atas skrin komputer anda apabila aplikasi Flash dimainkan.
Paparan rajah di atas adalah contoh aplikasi flash yang tidak menggunakan fungsi 'Fullscreen'. Anda dapat lihat aplikasi yang dipaparkan adalah dalam saiz default (550px x 400px).
Ini pula adalah contoh paparan skrin aplikasi yang telah menggunakan fungsi "Fullscreen", di mana saiz aplikasi secara automatik akan menjadi sebesar saiz skrin monitor komputer tanpa perlu mengubah setting saiz paparan.
Baiklah, sekarang saya akan menunjukkkan cara untuk menghasilkannya.
Step - 1) Buka aplikasi Flash anda di dalam Adobe Flash.
Step - 2) Klik frame pertama pada timeline aplikasi anda.
**klik frame pertama
Step - 3) Buka Actions pop-up window (tekan F9)
**buka Action window
Step - 4) Pada ruangan action tersebut, taip code ini,
fscommand("fullscreen",true);
**masukkan code
Step - 5) Test Movie (tekan Ctrl+ Enter)
Dan siap! oyeah oyeahhh.. hehehe
Ok sampai sini dahulu tutorial flash dari saya untuk hari ini. Kita akan sambung tutorial untuk fungsi actionscript yang seterusnya nanti... Stay tune!
TIPS : Pastikan actionscript diletakkan di frame pertama!!
**actioscript ini tak boleh digunakan untuk 'mobile application', itu saya akan ajar kemudian ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)