Tahun 2012 merupakan satu lagi titk perubahan dalam hidup
aku. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia aku tinggalkan untuk mencari sedikit
pengalaman bekerja di kota raya..(takdelah kota raya sangat, Cyberjaya je
punnn..haha).
Tapi, bagi anak jati Johor ini, inilah pengalaman pertama
merantau jauh dari negeri kelahiran, tempat jatuh lagi dikenang. So, aku
memulakan perjalanan dari Johor dengan bertemankan kereta Proton Saga buruk
kesayangan aku yang telah pun aku beri sedikit sentuhan kosmetik Mitsubishi
Fiore, RECARO Fishnet seat dan ‘sunroof’ Honda Prelude supaya kelihatan cantik
lagi jelita walapun dimamah usia..hehe
Perjalanan dari Johor dijangka mengambil masa 3 setengah
jam. Sebaik sahaja roda bergolek di atas Highway PLUS, aku cuba memecut
semahunya sebab aku nak sampai lebih awal. Nak cari tempat kediaman, nak
punggah barang, nak rehat……errrr…apa lagi ye?? Entah..Kusut kepala!
Hahaha… Aku rasa, masa kat highway tu,aku lah ‘kereta lama’
yang paling laju di kalangan beberapa ketul kereta-kereta seusia yang terpaksa
meredah laluan ‘jiwa kelajuan’ tu bersama beribu-ribu kenderaan moden lagi
berkuasa besar yang menggunakan laluan tu. Senyum-senyum je ‘cucuk angin’
kereta-kereta moden dan mewah. Maklumlah,usia kereta aku pun 26 tahun,dapat
laju sikit pun jadi la.
Lebih kurang sejam lebih aku memecut, aku dapat rasa yang
kelajuan kereta aku dah sampai ke kemuncaknya………….
Hoho…terangkat beb.Serius!! Memang gempak la kan,aku rasa
banyak mata yang memandang ke arah aku mase tu. Tetapi sedikit pun tidak
menimbulkan rasa riak dalam diri aku sebab……………….
Kereta kesayanganku kecundang jua akhirnya!!
Betul kata orang, kalau nak belajar hidup merantau ni memang banyak dugaannya..hehe
p/s: terimakasih kepada pakcik PLUS Ronda yang tolong tarik kereta sampai TOL, terimakasih uncle 'Towing Car' dan terimakasih brader2 mekanik yang tolong siapkan enjin kereta aku sampai lewat malam walaupun berat je hati aku nak bayar kos repair tu (nak buat camne, rosak teruk).
Now, bermulalah hidup YazidTorpedo di perantauan..............................................