Friday, December 23, 2011

Tutorial Flash : Mengenali Perisian Adobe Flash

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah lama saya tidak update tentang tutorial flash kan? Jadi, bermula hari ini, saya akan update tutorial-tutorial menggunakan perisian Adobe Flash setiap minggu supaya kita sama-sama boleh belajar menghasilkan pelbagai aplikasi menggunakan Flash.

Baiklah, untuk entri permulaan ini kita akan belajar asas-asas untuk menggunakan perisian Adobe Flash.
Tak susah sebenarnya nak guna perisian ini.

Langkah pertama, of course lah anda semua mesti ada Adobe Flash. Buka perisian Adobe Flash tersebut. Kalau takda, macam mana nak buat Flash...kannnnnn? hehe

Ok, langkah seterusnya dan paling utama, kita akan mengenali elemen-elemen utama yang ada di dalam Adobe Flash. Secara ringkasnya terdapat 3 elemen paling asas yang perlu anda tahu untuk menggunakan Flash iaitu Stage, Toolbar dan Timeline

*antaramuka Adobe Flash

1) Stage

Elemen pertama yang perlu anda tahu ialah stage. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, stage tu tempat kita nak design lah kirenya. Tempat lukis-lukis..hehe. So, dalam stage ni anda boleh nampak segiempat untuk anda design. Di bahagian kanan-atas nya ada petak yang tetera "100%". Itu adalah viewsize untuk stage anda. Contohnya jika anda nak zoom-in or zoom-out, hanya perlu adjust percent pada petak tu je. Mudah!

2) Toolbar

Elemen ini mengandungi tools yang akan anda gunakan dalam menghasilkan aplikasi Flash. Jika anda lihat pada gambat di atas, ada banyak tool yang boleh digunakan seperti Selection tool, Free transform tool, Pen Tool, Text, Shape tool, Paint Bucket dan banyak lagi.
Dan di sebelah toolbar adalah properties. ia digunakan untuk kita setting setiap tool yang telah kita pilih. 

Contohnya bila kita pilih Text, kita kan lihat dahulu di properties untuk kita set jenis font, saiz font dan warna font. Begitulah!

3) Timeline

Apa itu timeline?? Timeline adalah elemen yang penting. Ia adalah elemen utama yang membezakan antara Flash dengan Photoshop (ada banyak lagi perbezaan, tapi timeline yang paling ketara dilihat).
Okeh, timeline ini ialah tempat untuk kita tentukan bagaimana aplikasi kita akan berjalan. Maksudnya, segala pergerakan objek dan animasi akan dikawal dengan menggunakan timeline ini. Serius seronok menggunakannya!



Jadi, itulah antara elemen utama pada interface Adobe Flash yang perlu anda tahu. sekarang ni, boleh la anda godek-godek dulu Adobe Flash anda tu ye..hehehe. Pada entri tutorial yang seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana kita hendak membuat pergerakan animasi menggunakan "motion tween"...Bye-bye! =D


Teka-teki ikan

Pada suatu hari, tiga orang sahabat iaitu Atan, Abu dan Atun berborak-borak seperti biasa. Di pertengahan perbualan mereka, Atan bertanyakan satu soalan teka-teki kepada Abu dan Atun...............



Terdengarkan soalan tersebut, Abu dan Atun berkerut dahi seraya berkata di dalam hati
" ikan ada ketiak ke?"

Namun begitu, mereka tetap cuba menjawab teka-teki tersebut.
Maka, keluarlah segala macam jenis nama-nama ikan yang lazimnya mereka jumpa di kedai-kedai runcit, pasar tani, pasaraya mahupun di kolam pancing Pak Cik Dollah...


Kesudahannya, daripada ikan keli masak lemak cili api sehinggakan ikan siakap masak tiga rasa, tiada satu pun jawapan Abu dan Atun yang menepati sasaran.
Lantas mereka berkata..............


.....

.....

.....

.....

.....

.....


Bawa lah 'Saya' pergi bersama anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud tajuk entri kali ini kan?
Sebenarnya untuk entri kali ini, tiada cerita atau kisah seperti entri kebiasaan yang selalu saya kongsikan bersama anda.  
Kerana, kali ini adalah entri bebentuk "PEMBERITAHUAN".
Ya, pemberitahuan. 
'Saya' yang dimaksudkan adalah banner seperti dalam gambar di bawah ni.. hehehehe


Haaa.. nampak tak? kalau tak nampak, pendek umur..hehe
Jika anda semua perasan, anda akan nampak gambar seperti di atas pada side bar blog ini.
Saya telah mewujudkan banner untuk blog ini yang boleh diletakkan pada blog anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Copy (Ctrl+A) code banner tersebut
2)  Log In > Dashboard > Add Gadget > HTML/JavaScript
3) Paste code tersebut (Ctrl+V)
4) Kemudian 'save', dan lihatlah hasilnya


Jadi,  "bawa lah saya pergi bersama andaaaaa"... hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...