Wednesday, June 8, 2011

Misai yang mana pilihan anda..??

Aku sendiri tak tau kenapa aku buat entri pasal ni. Idea spontan..hehe
Okey2.. hari ni, kita akn berbincang tentang "MISAI" pilihan anda semua. 
Pada pendapat korang lah kan, jenis misai lelaki macamane yang korang minat..??
Emmm.. mesti setiap orang ada citarasa yang berlainan kan? takkan semua minat benda yang sama je kot..
Sekarang, aku akan tunjuk contoh yang pertama............


Alahai sopannye misai macamni. Jenis misai yang tipis macamni korang minat?? ala-ala Allahyarham Tan Sri P.Ramlee gitu..auw! hahaha... 
"Ape?? kurang macho??"
Baiklah, macamana pulak dengan yang ni.....


Haaaaaa...macho kan..? Ramai orang suka misai macamni. Nampak macho~!
**misai bapak aku pun macamni gak..=.="
Biasanya kalau tengok filem-filem lama tahun 80an atau awal 90an, comfirm la watak polis ade misai camni. Nampak garang, bengis dan hati ada taman.
haha..
Tetapi, mungkin ada yang minat jenis misai yang panjang.
Mungkin macamni kot....

 Erkkk~ panjang tu dah ok dah..tapi apasal melengkung..??? =.="
Dekat Malaysia ni,aku jarang nampak org buat misai camni.
Pelakon veteran A.Galak je yang tegar membela misai cmni..Cool~ hehehe

Ok cukup! Kalau misai panjang ke bawah camni pulak macamane..?
 hehehehhe... ini aku sendiri pun tak tau nak terangkan macamane..
Sekali pandang macam Jason King, dua kali pandang macam Tauke Ikan pun ade..
Hahahahaha!

Kita terus kepada jenis misai yang seterusnya. Ini yang terakhir.
Mungkin ada orang akan cakap, 
" Eeee rimas tengok misai panjang-panjang. misai pendek-pendek dah la".
Baik! kalau begitu, pasti anda minat misai camni..........

Ini dia, misai kontot idaman Malaya..heheheheheh
**korang pernah tengok cerita "Sarjan Hassan"..? watak antagonis dalam filem tu ade misai camni dowh..haha
So, korang pilih la jenis misai macamana yang korang minat..

Yang mana satu sekalipun korang pilih, aku tetap minat yang ni.....
 .....
....
.....

;;;;;




 Hehehehehe.............


Tuesday, May 31, 2011

Periksa dahulu sebelum memulakan perjalanan.

(Sila baca dengan nada suara Usop Wilcha..hehe)
Pada suatu hari....
Burung-burung pun berkicauan..
Ade yang bekerja....ade yang bergembira... (hehehe)


Aku pula berjalan-jalan dengan penuh semangat..


Sedang asyik aku berjalan, aku terperasan sesuatu...
"Ohh mengapakah mereka memerhati diri ini?"
Seperti ada sesuatu yg sedang hangat diperkatakan...
Jantung berdegup kencang...dada ini rasa berdebar-debar...
Tetapi, hidup mesti cool..
"rileks..rileks...think positif", begitulah kata hatiku...(heheheh)


Aku tersenyum...
Aku terus berjalan seperti biasa..
Memerhati keindahan keadaan sekeliling...
Sehinggalah tali kasutku terbuka daripada ikatan dan ketika aku memandang ke bawah, aku telah nampak sesuatu yang ganjil iaitu...





Nafas seakan-akan terhenti seketika..
Ketika itulah kepala tidak mampu menoleh ke kiri dan ke kanan..
**Speechlesss...

P/s: Malu gilerrr sehhhh...=.="

Wednesday, May 25, 2011

Petua Mengelakkan Keletihan (bahagian akhir) : Senaman

Akhirnya kita sampai ke bahagian terakhir "Petua Mengelakkan Keletihan"...hehehe
Pada bahagian ni, salah satu cara mengelakkan keletihan yang akan dibincangkan ialah...
Yup,betul..."Bersenam". Kita harus tahu, bersenam merupakan salah satu amalan yang akan mengelakkan diri kita daripada menjadi keletihan..**betul wo0o..hoho
Namun, kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam. Bukannya susah, kita cuma memerlukan masa antara 10 hingga 20 minit setiap pagi untuk melakukan senaman ringan. 
Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita. 



..............
..........
........
.....
..


 INGAT! melakukan senaman disamping menikmati udara segar je tau!
hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...