Sunday, December 19, 2010

Sejarah: Lembing Awang pulang ke Dayang

Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunang Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 234 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.



Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu Lembing Laki dan Lembing Bini yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.



Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.


Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya.
Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.
Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.
“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri  ke Endau dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu (lembing Bini yang membunuh) disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.
INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.

Sumber: Akhbar Berita Minggu 25 Mei 2008 ruangan Imbauan


p/s: aku nak jati Muar~! anak jati muar mesti tahu sejarah ni..gempak jugak ek lembing bole terbang sendiri..awesome~! =)

Friday, December 17, 2010

Hot Wheels~

wottt....wottt...
Saye suke kumpul mainan 'Hot Wheels'..hahahaha..
Siyes,sgt suke~! (dah byk kot aku kumpul..hehe)


Tempohari,aku beli lagi beberape bijik kete..
(rilek2 je beli kete byk2,tk taw la cmne nk drive kete byk2 nih..haha)

Then, alang2 dah g beli mainan 'Hot Wheels' ni,aku ngn adik aku beli la sekali circuit utk mainan ni..bru best ade litar~!! yay!
Sampai kt uma je terus main,sonok giler jd kanak2 riang sekejap..hehe

**Mak aku pn tepuk dahi tgk anak2 bujang dye yg dah beso2 ni main toys mengalahkan bdk kecik..hehehe

Tak kisahla tu,yg penting aku enjoy dgn hobi n minat aku....wekkkk~!!

haaa cmnilah circuit yg aku beli tuh..best wo0,kete boleh pusing2..hihi =p

Saturday, December 11, 2010

Tarikh lahir Dalam Bulan Islam~

Tahun baru datang lagiiiiii..yay~! sempena awal muharram ni,tanamkan azam yg positif okeyh~! xD
Selama korang idup ni,mesti korang tahu tarikh lahir korang menerusi kalendar masihi kn?kn?pastu celebrate kn..hehehe

Tapi,pernah tk korang terfikir bila ulangtahun kelahiran korang dalam kalendar Hijrah?? tahu tak?heeee~


Mesti ada yang tk tahu kn?hehehe..
Tapi aku tahu tarikh lahir aku~!! ahakss..tiap2 tahun aku igt,sebab dari kecik lagi mak aku dah bgtau bila tarikh lahir aku dalam kalendar Hijrah..iaituuuuu....


Bermakna, semalam adalah ulangtahun kelahiran aku..hehehe...*mak saye wish besday saye tauuu..hihi

fakta:
Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.


p/s: bila pulak ulangtahun kelahiran korang??(^^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...