Thursday, November 8, 2012

Habuk Pensil Bertukar menjadi DUIT

Masa kecik-kecik sekolah rendah dulu, pensil kayu dah menjadi kemestian yang perlu ada dalam pencil box murid-murid. Zaman dulu mana mampu pakai 'pensil picit-picit'...


So, perkara biasalah kalau bawah meja kat sekolah tu ada banyak habuk pensil. Setiap hari kejenya mengorek pensil je. Dan biasalah, budak-budak kecik ni ada sahaja cerita dongeng yang mereka cipta...

Dan aku sebagai seorang yang berimaginasi tinggi memang mudah lah terpedaya dengan cerita-cerita macam tu..
Apa lagi, balik je dari sekolah, operasi + eksperimen bermulaaa...


Masa budak-budak, setakat main tanah tu perkara biasa. Balik rumah mesti kotor2 punye.
Bila dah tanam habuk pensil tu, mulalah berangan berapa banyak duit yang akan menjelma keesokkan harinya.




hehehe..
Secara konklusinya,  eksperimen aku tak menjadi. Habuk pensil tu tak jadi duit pun. Yang ada hanyalah TAIK KUCING! hahaha.. hampeh..
Macam mana lah aku boleh percaya yang habuk pensil tu boleh bertukar jadi duit.. aihhh~
Budak-budak ohh budak-budak~

TAMAT

..
..
..




Wednesday, October 17, 2012

Bengkel Asas Flash!

Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan ceritakan tentang sebuah program yang aku sertai kira-kira 2 minggu yg lalu iaitu Bengkel Asas Flash yang dianjurkan team kami iaitu EmptyBox Production. Dan aku menyertai program tersebut bukanlah sebagai peserta tetapi buat julung-julang kalinya aku menjadi pengajar/fasilitator untuk program sebegini. Segala persiapan dilakukan oleh ahli2 group EmptyBox sendiri yang terdiri daripada 4 orang, dengan kerjasama NBZ selaku penganjur bersama. Aku rase best gile laa  sebab sambutan sangat-sangat menggalakkan daripada student2. Bermakna, ramai sbenarnya orang yang berminat untuk menceburi bidang multimedia nih.

Program selama 2 hari ini disertai lebih kurang 26 orang pelajar UTHM,tak kira pelajar junior atau pun senior. Kekosongan pun terhad, so sape cepat dia dapat lah join program ni.hohoho..
So, dalam program ni, kami mengajar mereka asas-asas penggunaan perisian Adobe Flash dan asas-asas animasi. Antaranya adalah asas membangunkan karakter, fungsi motion tween, motion guide, motion shape, penggunaan interaktif button, fungsi movie clip, mencipta aplikasi 'scene by scene', sound, actionscript 3.0 dan ape lagi tahhhh..hahahaha  (kena rujuk modul). Masa hari pertama program, masih ramai yang tak tau menggunakan Flash dan tak dapat menggambarkan bagaimana untuk membuat karakter atau animasi dengan Flash. Jadi, kami mengajar mereka satu persatu asas-asas dalam pembelajaran dan output daripada program ni, aku nampak ramai yang boleh menjadi hebat dalam Flash jika mereka mengasah lagi bakat-bakat mereka. Tahniah!
Now, kita layan gambar kejap.... 

















Akhir sekali, aku nak ucapkan terimakasih kepada semua peserta yang join program ni (ada di antara diaorang yg memang follow blog ni..kot..haha). So, sape2 yang join tu memang bertuah lah, sebab dalam masa 2 hari je, korang dah dapat blajar macam2 fungsi dalam Flash ni. Kire beruntung weh korang, aku ni 6 tahun wehh blaja Flash, baru lah pandai sikit2, tu pun banyak explore sendiri. 
Dan kepada team EmptyBox Production (roy, wan,zul), korang memang superb! Tak lupa juga kepada En.Luqman Al Hakim yang banyak yang support kitaorang.
Ohh, dan terimakasih juga kepada pihak FSKTM, UTHM yg membenarkan kami menggunakan makmal komputer. 
Caloooo~

Header blog baru!

Choii..gua muncul lagi..haha..
Tadi aku tenung lama-lama blog ni,aku rasa macam bosan pulak. Takde pembaharuan langsung.
Jadi, tangan aku rajin nak membuka Adobe Flash malam ni, maka terhasillah header blog baru!

** haa inilah rupanya

Actually bukan buat baru pun,aku upgrade jerr..hahaha.
Header sebelum ni bersifat statik, korang tenung lah lama mana pun memang ia bergerak je tanpa memberi tindakbalas terhadap renungan anda.. =P

So, aku pn mendapat idea untuk membuat ia bersifat interaktif**.
Cuba korang perhatikan header blog aku kat atas, ade  'arrow' yang menunjuk ke arah tulisan 'YazidTorpedoART'. Cuba korang gerakkan 'mouse'/tetikus/kekucing korang ke arah tulisan tu dan korang shake it! shake it! shake! oyeahhh...
haha..adelah tulisan tu gerak-gerak. Ia bertindak membuatkan korang merasa gembira disamping dapat membuat senaman tangan.. hehehe

Ohh satu lagi, klik pada tulisan tersebut! Ia akan membawa anda ke page rahsiaaaa.....
selamat mencoba! ;D




**Interaktif = menerima input daripada manusia. Alahh maksudnya bertindakbalas lah! grrr~
p/s : nak tempah header blog flash? sila hantar emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my atau kunjungi fan page saya di facebook. tq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...