Wednesday, January 4, 2012

Alat Tulis vs Robot

Masa kecik-kecik dulu, keluarga aku bukannya dari kalangan keluarga orang yang senang.
Jadi, kemahuan aku agak terbatas. Lebih kurang masa darjah 1, aku teringin nak memiliki mainan robot.
kalau nak mintak ayah belikan, comfirm jawapannye "Beli makanan lagi elok"..erkkk~

Oleh hal yang demikian, aku menggunakan daya imaginasi aku untuk cipta permainan aku sendiri..hehe..
Sangat mudah,aku buka pencil box dan aku boleh nampak banyak permainan di situ.
Aku akan bayangkan semua alat-alat tulis aku sebagai bahan permainan.


Hehehehe~...
Dengan cara ini, aku dapat bermain mainan robot macam budak-budak lain main. 
Tak payah aku beli robot kat kedai, cukup sekadar menggunakan daya imaginasi.
Dengan daya imaginasi aku, aku boleh cipta jalan cerita pergaduhan antara robot baik dan robot jahat. 
Pergaduhan antara mereka sangat sengit dan rupa robot jahat memang nampak ganas,
walaupun realitinya..........................




.................hanyalah sebatang pen dan pensil...hahaha.

Bila aku pikir-pikir balik, kreatif jugak aku masa kecik dulu yek?
Siap boleh buat jalan cerita yang lengkap dengan skrip.

Perlawanan antara robot akan berakhir apabila mak aku sergah;
"oitttt.. ko buat ape haaa??"

"errrr..takde ape-ape mak, kemas-kemas pencil box nih"


dan ending nya, mestilah robot baik yang menang! hahaha..











Tuesday, January 3, 2012

Saturday, December 31, 2011

Azam dan Impian Tahun Baru

Haiii........... ini adalah entri terakhir tahun 2011.
So, hari ini kita akan cerita mengenai "Azam dan impian Tahun Baru".


Tahun 1999, impian aku pada tahun hadapannya ialah untuk mendapatkan......


Hahaha! Seriusss.. aku teringin nak beli Digimon nih. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku tak pernah memiliki 'menatang' nih... haishhh =.="

Then tahun 2004, azam dan impian aku cuma nak beli.........


Dan tahun 2005, impian tu tercapai..hahaha (ketawa bongkak) =P
Aku beli jugak kasut Jack Purcell tuh. (masa tu harganya rm89.90..kot).
Tapi sekarang kasut ni dah takde dah, dah bagi kat orang.

Then sekarang ni dah tahun 2011. Tak tahu la apa azam dan impian aku untuk tahun 2012 (Seriously, tak pikir lagi).
Tapi apa yang aku tahu, tahun 2012 lahh aku perlu.....


wuuwuwuwuw~ Haishhh~


*** cerita di atas hanya sebahagian sahaja daripada impian dan azam aku suatu ketika dulu, iaitu sewaktu aku kanak-kanak dan menjangkau usia remaja. Sekarang?? Masih remaja lagi kot..hehehehe...
Selamat Tahun Baru 2012!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...