Tuesday, December 27, 2011

Gadis yang cantik tetapi tidak menawan

Huhuiiii....
Hai everybody! *ehh konon-konon speaking pulak..haha
Topik hari ini adalah kecantikan, kebersihan dan kekemasan..
 Seperti yang kita tahu, ramai orang kata cantik itu subjektif.
Walaubagaimanapun, semua orang mementingkan kecantikan. Yang si gadis nak jadi cantik, yang si lelaki pulak nak cari yang cantik.

*wahh, ayu gitu siap posing-posing

Mungkin kita selalu dengar orang cakap;

"Tak cantik takpe,asalkan hati baik. Sekarang cantik, dah tua nanti berkedut juga. Ibarat kereta yang baru dikilangkan,lama-lama pudar juga warnanya"

Wahh puitis gitu ya...haha

Tetapi, tipulahh kalau si lelaki cakap "Saya tak pandang perempuan cantik". puiiiiii.....
Walaupun takdelah sampai ke tahap jatuh hati, tapi mestilah ada perasaan tertarik bila tengok gadis cantik. Macam gambar kat atas tu,haa cantik tak? (tak ke? haha)

Namun begitu, jangan mudah tertarik dengan kecantikan luarannya sahaja. Kalau muka cantik, belum tentu si cantik tersebut pembersih + menjaga kekemasan. 
Macam ni haaaaaaaaaaaaaaaa.........


loading 10.....


loading 9.....


loading 8.....


loading 7.....


loading 6.....


loading 5.....


loading 4....


loading 3....


loading 2....


loading 1..... Tadaaaa!


hambikkk kauuuu! hahahahaha...
Sila jangan terbayang-bayang sehingga terbawa ke alam mimpi..hehehehe....


p/s: Tak pelik jika gadis berbulu ketiak ,ianya normal ( seriously),  tapi korang pandai-pandai lah jaga kebersihan dan kekemasan diri korang. Jangan nampak 'kemas' pada luaran sahaja, dalaman pun mesti mau kemas. So, utamakan KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN~  =P

Monday, December 26, 2011

Tutorial Flash : Motion Tween

Salam sejahtera geng!
Hari ini, kita akan sambung tutorial Flash kita (for beginner). Pada entri yang lepas, kita dah pun belajar mengenali interface Adobe Flash. Jadi, hari ini kita akan mula menggunakan Flash. Kita mulakan aktiviti pertama kita dengan menghasilkan "Motion tween"..oyeahh..oyeahh.. hehe

Motion Tween ni sebenarnya adalah cara untuk kita menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya akan buatkan tutorial ringkas untuk motion tween ni. Objek yang akan kita gerakkan adalah elemen 'Teks'.
Baiklah, korang ikut langkah-langkah di bawah satu persatu.:

1) Lihat di bahgian toolbar dan klik 'Text tool (T)' dan taip ayat korang.



2) Pergi ke timeline --> frame 1-- > mouse right click > click 'Create classic tween'

*selepas anda lakukan langkah 2 ini, anda akan nampak timeline bertukar menjadi warna biru

3) Frame 20 --> Mouse right click -->  click 'Insert keyframe'


4) Klik pada frame 20 --> klik 'Selection tool' --> gerakkan (drag) Teks tersebut ke bahagian bawah.

*sekarang, anda boleh lihat ketika frame 1, teks berada di atas dan pada frame 20, teks berada di bawah. Pada timeline juga terdapat satu garisan anak panah panjang, bermakna motion tween berjaya dilakukan. ( garisan anak jadi putus-putus jika motion tween tidak menjadi)

4) Clik 'Control' --> click 'Test Movie'  (Ctrl+Enter)


Siap! Teks tu bergerak-gerak dari atas ke bawah kan? hehehe..

*Tips :  -'Motion tween' juga boleh dilakukan untuk objek lain seperti karakter atau imej.
            - Kelajuan pergerakan bergantung kepada panjang timeline
              (panjangkan timeline untuk kurangkan laju) 





Sunday, December 25, 2011

Blangkon itu "Songkok Jawa"

Hai semua!
Hari ini saya ada satu topik yang agak menarik iaitu Blangkon.
Tahukah korang apa itu Blangkon?? 

"Blangkon adalah penutup kepala yang digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Blangkon sebenarnya bentuk ikatan yang menjadi tutup kepala yang dibuat dari batik. Tidak ada catatan sejarah yang dapat menjelaskan asal permulaan lelaki jawa memakai ikat kepala atau penutup kepala ini."

Begitulah serba sedikit definisi Blangkon..dulu saya panggil Blangkon ni 'Songkok Jawa'...hehe... Sebenarnya Blangkon ini dihasilkan daripada sehelai kain batik yang diikat dengan cara tersendiri, menggunakan kain berukuran 105cm x 105cm.
Sejak kecil saya berminat untuk memiliki Blangkon ini, dan akhirnya hajat itu tercapai apabila saya menjejakkan kaki ke bumi Indonesia..banyak blangkon aku beli..hehe. Hasil daripada trip tersebut dan maklumat dari teman-teman Indonesia, dapat lah saya mengkaji serba sedikit tentang jenis-jenis Blangkon ini.
Terdapat beberapa style atau gaya penghasilan Blangkon. Yang pertama adalah.......

Ini adalah Blangkon gaya Jogja (Jogyakarta). Seperti namanya, ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya Jogja ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut. Cantik!
Jenis yang kedua adalah........


Blangkon gaya Solo (Surakarta) ini pula dipopularkan oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya Solo ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek.
Seterusnya ialah.......


Ya! Ini adalah style kegemaran saya, gaya Sunnan Kalijaga (sebahagian orang mengatakan ia gaya Demak). Mengikut kata teman-teman saya, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalangan Walisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Korang pernah dengar pasal Walisongo kan? pergi cari kat Google! hehe.
Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.Style beb!
Seterusnya dan terakhir ialah.........


Blangkon gaya Sunda. Ini juga adalah salah satu gaya kegemaran saya. Untuk pengetahuan korang, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa. Berbeza dengan gaya-gaya Blangkon yang telah saya nyatakan di atas, gaya ini mempunyai keistimewaan pada bahagian depannya, korang boleh nampak ade hujung kain yang terjuntai di dahi. Bahagian belakangnya pula hanya permukaan rata sahaja. Cool!

Begitulah serba sedikit penerangan tentang Blangkon atau "Songkok Jawa" ini. Tidak lengkap rasanya menjadi keturunan jawa jika tidak memiliki salah satu seni warisan yang unik ini.
Bye- bye =)




p/s: credit to my Indonesian friends Ikhmatiar (Jawa Surabaya), Pak Bana (Jawa Solo) and Deni (Sunda).Kepada Deni, terimakasih kerana hadiahkan Blangkon Sunda kepada saya! Nanti saya belanja kamu makan mee bandung Muar! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...