*Siri kartun ini dihasilkan berdasarkan pengalaman di tempat saya bekerja. Moga terhibur.
Wednesday, April 19, 2017
Friday, April 14, 2017
Oh Malaysiaku : Keluhan pengguna petrol
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut.... link
Thursday, April 13, 2017
Tuesday, April 11, 2017
Thursday, November 27, 2014
Berdikari Seperti Rama-Rama
Sudah menjadi lumrah setiap anak muda ada perasaan ingin menerokai dunia baru, tempat baru dan suasana baru. Dan menjadi lumrah juga setiap ibu bapa merasa risau melepaskan anak-anak mereka. Perkara sebegini meletakkan para ibu bapa dalam keadaan dilema manakala anak-anak muda tersepit di antara harapan dan impian.
Apa kesudahannya pakcik?
krik..krikk.. haha
Wednesday, October 15, 2014
Kembali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali berkarya! Setelah hampir 2 tahun.
Tu pun kalau ada masa terluang.. hahaha
Tunggu.....
Wednesday, November 21, 2012
Buah Nona
Korang tahu apa itu buah Nona..? Pernah jumpe? Pernah makan?
Kalau tak pernah jumpe, korang belum boleh dikira sebagai pencinta buah-buahan tempatan....hehe.
Dan aku klasifikasikan(wahhh ayat kau) buah ni sebagai buah yang rare, sebab susah nak nampak orang jual kat tepi jalan..aihhh~
"BUAH NONA (Annona squamosa) atau BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya. Nama botani buah Nona adalah Annona squamosa dari Keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Beberapa rujukan menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun diusahakan di banyak negara termasuk kawasan Aia Tenggara dan seluruh kawasan tropika.Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).
Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte)dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak."
Kalau tak pernah jumpe, korang belum boleh dikira sebagai pencinta buah-buahan tempatan....hehe.
Dan aku klasifikasikan
Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte)dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak."
Bagi aku, sedaplah rasa buah ni, ala-ala durian belanda kot rasanya..kot laa.hehhh!
Then, masa kecik-kecik dulu aku selalu dengar lagu "Rasa Sayang", di mana ada sebutan NONA dalam lirik lagu tu..
Bila dengar lagu tu, aku jadi hairan kenapa watak dalam video tu seorang perempuan dan bukannye buah nona!
Dan 2 perkara bermain dalam imaginasi aku iaitu "penyanyi tu sayangkan buah nona" atau "muka perempuan cantik tu macam sebiji buah nona"...hahaha
Saturday, November 17, 2012
Stop the war, SAVE GAZA
Saturday November 17, 2012 - 10:53
Palestinian medical sources reported Saturday that a total of eight Palestinians have been killed, and several other residents have been injured, some seriously, in a fresh wave of Israeli military escalation against the coastal region. "
That was the worst ever news that I don't want to heard. We hear about violence every day and I don't know how they could dare to kill child. That children was innocent. They don't know anything!
For the Israel, "more missile you send to Palestine, more pray and help we send to them"
For the Israel, "more missile you send to Palestine, more pray and help we send to them"
Beware!
We are Muslim!
And we not the terrorist!
Nota : Tak tahulah sampai bila bumi Palestin akan bermandi darah. Pilu hati melihat anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kasihan melihat orang-orang Islam menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Dan bila agaknya negara-negara Islam yang lain termasuk negara kita nak bergabung angkat senjata ye? agak-agak possible tak? Kalau semua negara Islam pi serang Israel tu, mesti hancur berkecai negara kecik diaorang tu kan? wallahualam~
Thursday, November 8, 2012
Habuk Pensil Bertukar menjadi DUIT
Masa kecik-kecik sekolah rendah dulu, pensil kayu dah menjadi kemestian yang perlu ada dalam pencil box murid-murid. Zaman dulu mana mampu pakai 'pensil picit-picit'...
So, perkara biasalah kalau bawah meja kat sekolah tu ada banyak habuk pensil. Setiap hari kejenya mengorek pensil je. Dan biasalah, budak-budak kecik ni ada sahaja cerita dongeng yang mereka cipta...
Dan aku sebagai seorang yang berimaginasi tinggi memang mudah lah terpedaya dengan cerita-cerita macam tu..
Apa lagi, balik je dari sekolah, operasi + eksperimen bermulaaa...
Masa budak-budak, setakat main tanah tu perkara biasa. Balik rumah mesti kotor2 punye.
Bila dah tanam habuk pensil tu, mulalah berangan berapa banyak duit yang akan menjelma keesokkan harinya.
hehehe..
Secara konklusinya, eksperimen aku tak menjadi. Habuk pensil tu tak jadi duit pun. Yang ada hanyalah TAIK KUCING! hahaha.. hampeh..
Macam mana lah aku boleh percaya yang habuk pensil tu boleh bertukar jadi duit.. aihhh~
Budak-budak ohh budak-budak~
TAMAT
..
..
..
Wednesday, October 17, 2012
Bengkel Asas Flash!
Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan ceritakan tentang sebuah program yang aku sertai kira-kira 2 minggu yg lalu iaitu Bengkel Asas Flash yang dianjurkan team kami iaitu EmptyBox Production. Dan aku menyertai program tersebut bukanlah sebagai peserta tetapi buat julung-julang kalinya aku menjadi pengajar/fasilitator untuk program sebegini. Segala persiapan dilakukan oleh ahli2 group EmptyBox sendiri yang terdiri daripada 4 orang, dengan kerjasama NBZ selaku penganjur bersama. Aku rase best gile laa sebab sambutan sangat-sangat menggalakkan daripada student2. Bermakna, ramai sbenarnya orang yang berminat untuk menceburi bidang multimedia nih.
Program selama 2 hari ini disertai lebih kurang 26 orang pelajar UTHM,tak kira pelajar junior atau pun senior. Kekosongan pun terhad, so sape cepat dia dapat lah join program ni.hohoho..
So, dalam program ni, kami mengajar mereka asas-asas penggunaan perisian Adobe Flash dan asas-asas animasi. Antaranya adalah asas membangunkan karakter, fungsi motion tween, motion guide, motion shape, penggunaan interaktif button, fungsi movie clip, mencipta aplikasi 'scene by scene', sound, actionscript 3.0 dan ape lagi tahhhh..hahahaha (kena rujuk modul). Masa hari pertama program, masih ramai yang tak tau menggunakan Flash dan tak dapat menggambarkan bagaimana untuk membuat karakter atau animasi dengan Flash. Jadi, kami mengajar mereka satu persatu asas-asas dalam pembelajaran dan output daripada program ni, aku nampak ramai yang boleh menjadi hebat dalam Flash jika mereka mengasah lagi bakat-bakat mereka. Tahniah!
Now, kita layan gambar kejap....
Akhir sekali, aku nak ucapkan terimakasih kepada semua peserta yang join program ni (ada di antara diaorang yg memang follow blog ni..kot..haha). So, sape2 yang join tu memang bertuah lah, sebab dalam masa 2 hari je, korang dah dapat blajar macam2 fungsi dalam Flash ni. Kire beruntung weh korang, aku ni 6 tahun wehh blaja Flash, baru lah pandai sikit2, tu pun banyak explore sendiri.
Dan kepada team EmptyBox Production (roy, wan,zul), korang memang superb! Tak lupa juga kepada En.Luqman Al Hakim yang banyak yang support kitaorang.
Ohh, dan terimakasih juga kepada pihak FSKTM, UTHM yg membenarkan kami menggunakan makmal komputer.
Caloooo~
Header blog baru!
Choii..gua muncul lagi..haha..
Tadi aku tenung lama-lama blog ni,aku rasa macam bosan pulak. Takde pembaharuan langsung.
Jadi, tangan aku rajin nak membuka Adobe Flash malam ni, maka terhasillah header blog baru!
** haa inilah rupanya
Actually bukan buat baru pun,aku upgrade jerr..hahaha.
Header sebelum ni bersifat statik, korang tenung lah lama mana pun memang ia bergerak je tanpa memberi tindakbalas terhadap renungan anda.. =P
So, aku pn mendapat idea untuk membuat ia bersifat interaktif**.
Cuba korang perhatikan header blog aku kat atas, ade 'arrow' yang menunjuk ke arah tulisan 'YazidTorpedoART'. Cuba korang gerakkan 'mouse'/tetikus/kekucing korang ke arah tulisan tu dan korang shake it! shake it! shake! oyeahhh...
haha..adelah tulisan tu gerak-gerak. Ia bertindak membuatkan korang merasa gembira disamping dapat membuat senaman tangan.. hehehe
Ohh satu lagi, klik pada tulisan tersebut! Ia akan membawa anda ke page rahsiaaaa.....
selamat mencoba! ;D
**Interaktif = menerima input daripada manusia. Alahh maksudnya bertindakbalas lah! grrr~
p/s : nak tempah header blog flash? sila hantar emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my atau kunjungi fan page saya di facebook. tq
Sunday, September 9, 2012
Poster majlis resepsi
Ohhh hari minggu, duduk melepak di rumah sambil tengok cerita katon..manyak syokk ooo.. Mood nak melukis memang takde arr, baring-baring golek-golek lagi best..haha
Oh ya, semalam aku mendapat kiriman gambar dari seorang rakan. Inilah gambarnya... jeng.....jeng....jng...
Haaaa... cantik tak? hakhak..
Not bad huh? =P
Ini adalah design mini poster yang aku buat untuk majlis perkahwinan seorang rakan. Beliau request untuk tempah 1 mini poster dan gambar di atas ini adalah gambar yang di ambil oleh pihak beliau ketika majlis resepsi berlangsung. Dia orang letak benda tu kat atas meja kot... Aku pun tak tau..haha.
Alhamdulilah, beliau kata ramai yang tertarik dengan mini poster tu.. ecehhhh
By the way, selamat pengantin baru kepada kawanku itu, semoga kekal ke anak cucu..
Eh eh,mak aku panggil suruh makan nasik.. Adiosssss...
Selamat berhujung minggu!
Sunday, August 26, 2012
Orang dulu-dulu bertemu jodoh
Selamat Hari Raya! ya kita masih lagi dalam suasana raya. Okey, pernah tak korang tahu tentang kisah mak ayah korang sebelum diaorang kawen suatu ketika dulu? korang tahu camne mereka dijodohkan? Tak tahu? Pi la tanye, bengong! hehehe.. gurau aje..
Okey hari ni aku akan pecah rahsia tentang camne mak ayah aku bertemu jodoh suatu ketika dulu. Actually masa pergi beraya tempohari baru mak cerita secara terperinci kisah ni. Diaorang dulu tak bercinta sebelum kawen pun sebab mereka dijodohkan oleh orang tua.(kalau diaorang bercinta awal-awal memang tak logik sebab mak aku jenis pemalu, ayah aku pulak dulu muke cam gengster..haha).
Kisah ni bermula kira-kira 27 tahun yang lalu. Ini kisah tahun 80an ni. Orang yang memulakan agenda ini adalah atok saudara aku (Hj. Mustarom namanya). Dialah dalang disebalik semua ini! haha... Atok saudara aku ni kira saudara rapat dengan family sebelah mak aku dan dalam masa yang sama family atok saudara aku ni jugak ada hubungan saudara rapat jugak dengan family sebelah ayah aku. (kire si suami bersaudara dgn family mak aku, si isteri bersaudara dengan family ayah aku, camtulah kirenya).
Family mak aku dulu orang susah. Suatu hari mak aku (time ni masih anak dara lagi) pergi menoreh getah seperti biasa untuk menolong atok aku. Tengah syok-syok menoreh tu tiba-tiba datang 3 orang perempuan berpakaian lawa kononnya datang nak petik pucuk ubi. Mak aku pun hairan,
"Aik apehal ni pakai cantik-cantik tapi pergi semak samun petik pucuk ubi??".
Mereka bertiga buat selamba je petik pucuk ubi. Takde pun tegur-tegur mak aku. Jadi, perlakuan mereka tu dirasakan aneh dan macam ada sesuatu yang tak kena.
Tanpa disedari mak aku, 3 orang perempuan tadi sebenarnya sedang memerhatikan dia. Mungkin dengan cara menghendap-hendap ala-ala cerita melayu tahun 60-an tuuuu..haha
Tak lama lepas peristiwa tu, keluarga sebelah ayah aku datang merisik. Time tulah mak aku sedar rupanya 3 perempuan ala-ala 3 dara pingitan yang dulu dok menghendap konon-konon pergi petik pucuk ubi tu ialah keluarga bakal mentua yang saje datang nak jenguk2 bakal menantu...hahahaha..Yang sorang tu nenek aku (mak kepada ayah), yang sorang tu buyut (kira 'moyang' aku la) dan sorang lagi tu nenek saudara aku.. Atok saudara aku la ni yang kasi pecah lubang bagitau kat mane mak aku menoreh getah... hehe
Maka, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak pun menjodohkan mak dan ayah aku.....Kalau tak silap, selama tempoh bertunang, ayah cuma pernah bawak mak keluar sekali je pi jenkalan kt zoo! hahaha...So sweet uuollllss...............
Begitulah kisahnye. Now, bila pergi beraya ke rumah atok saudara tu, mak akan cakap "Itulah orang yang temukan mak dengan ayah kau ni.."..
Kesimpulannya, sesungguhnya jodoh dari pilihan orang tua itu banyak hikmahnya. Mereka tahu yang mana terbaik untuk anak-anak mereka. Cuma orang zaman sekarang dah tak mau pakai cara yang dianggap kuno itu. Cara lapuk katanya. Masing-masing cari jodoh sendiri, hinggakan 'kriteria-kriteria menantu pilihan" ditolak tepi. Elok atau tak pada pandangan mata mak bapak, itu belakang cerita.. Chenntaaa punye pasal.....hoho.
**Kepada yang tak tahu camne jodoh mak ayah korang, eloklah bertanya kepada mereka selagi mereka masih hidup. Sekurang-kurangnya kita tahu sejarah yang berlaku dan asal usul lahirnya diri kita di dunia ni.. Korang yg tau kisah pertemuan mak ayah korang tu, share la kat sini..ce cite..
Wednesday, August 15, 2012
Selamat Hari Raya
Heyyy korang! hoho.. lama sudah tak meng'update blog nih.. Aku buzy wehh, banyak kerja nak kerja buat. Takde masa nak melukis-melukis macam selalu.. Time idea datang jer, aku terpaksa ignore.. jangan marah naaaa, nanti ada masa aku kongsikan cerita-cerita yang lazat lagi lemak berkrim. So, sempena datangnya hari raya beberapa hari lagi ni, aku mohon maaf zahir dan batin kalau ada tersalah silap kat sapa-sapa jelah. kalau memang ada salah ke, tak puas hati ke, ade hutang ke, bagitau lah kat ruangan komen nih. Nanti aku follow up.
By the way, no cartoon for today. But I've made a simple video for Hari Raya.. enjoy it! tengkiuuuu.. =)
Wednesday, July 18, 2012
Azam menjelang Ramadhan
Assalamualaikum... tak sampai seminggu pun lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Suasana menjelang bulan yang penuh keberkatan tu pun dah mula terasa. Para peniaga pun dah siap-siap dengan planning utk berniaga di bazar Ramadhan, mak ayah pulak dah sibuk mencari baju raya untuk anak-anak dan macam-macam lagi agenda-agenda setiap umat Islam.
Mesti kita semua pun ada azam tersendiri menjelang bulan Ramadhan tahun ni kan?? hehe.
Hari ni, aku telah menemuramah beberapa orang tentang azam atau 'target' mereka menjelang Ramadhan tahun ini.
Mari kita lihat apa kata mereka!!
..................................
Hahahahaha!!!
Itu kata mereka, anda pula bagaimana???
p/s: Semoga Ramadhan kali ini akan mengubah setiap insan ke arah yang lebih positif. I'm going to win! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak =)
Subscribe to:
Posts (Atom)















































